awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena ombak besar bukan untuk berpesta, berswafoto - Polis

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2021
07:36 MYT
Fenomena ombak besar bukan untuk berpesta, berswafoto - Polis
Fenomena ombak besar bukan perkara yang boleh dipandang ringan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA NERUS:Jangan jadikan kawasan pantai sebagai tapak 'pesta' untuk bersantai melihat fenomena air pasang besar dan mengambil swafoto (selfie).
Ombak kuat dan angin kencang yang melanda pantai di negeri Terengganu ini dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengunjung.
Itu antara amaran daripada Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din kepada orang ramai yang masih mendekati kawasan pantai khususnya di Pantai Seberang Takir atau lebih dikenali dengan nama Pantai Miami.
Susulan itu, pihaknya telah meningkatkan kawalan dan pemantauan di lokasi pantai tumpuan ramai di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Jelasnya, selain rondaan, laluan dari arah Pantai Teluk Ketapang ke Jambatan Angkat turut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula Jumaat hingga Ahad ini.
"Orang ramai dinasihatkan tidak menjadikan fenomena ni sebagai satu pesta keluar beramai-ramai untuk melihat keadaan ombak besar yang boleh membahayakan diri mereka.
"Pihak polis akan membuat pemantuan rondaan di kawasan ini 24 jam sehingga keadaan cuaca telah kembali reda dan keadaan baik," ujar beliau.
Abdul Rahim berkata, jika masih ada individu yang ingkar dan berterusan menghampiri kawasan pantai, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang bersesuaian seperti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Fenomena ombak besar di Terengganu
Fenomena air pasang besar yang melanda Terengganu membuatkan orang ramai turut mengambil kesempatan untuk menyaksikannya secara dekat khususnya di Pantai Seberang Takir.
Ombak besar berketinggian lebih dua meter beserta angin kencang telah menyebabkan limpahan air laut sehingga ke atas jalan raya.
Topic Berkaitan
#fenomena alam
#ombak besar
#air pasang besar
#Pantai Timur
#terengganu
#Pantai Seberang Takir
#pantai miami
#selfie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan