awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL

Astro Arena
Astro Arena
30/03/2023
01:30 MYT
Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL
Kedua-dua pengurus itu akan menyertai 16 pemain dalam Hall of Fame dengan tiga lagi pemain akan menyertai mereka berdasarkan undian penyokong. - Stadium Astro
ALEX Ferguson dan Arsene Wenger menjadi dua pengurus pertama yang disenaraikan dalam Hall of Fame Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dua bekas pengurus yang pernah berseteru itu tersenarai untuk menyertai Hall of Fame EPL, yang mula diperkenalkan pada 2021.
Ferguson menguruskan Manchester United sejak awal era EPL sehinggalah persaraannya pada 2013, di mana dia mengumpulkan 13 gelaran liga sepanjang bersama The Red Devils.
Wenger pula mengepalai Arsenal memenangi tiga gelaran EPL dalam tempoh perkhidmatan paling panjang dalam sejarah kejohanan itu -- dari 1996 hingga 2018.
Sebagai rekod, hanya pengurus Manchester City, Pep Guardiola (empat), dan ketua jurulatih semasa AS Roma, Jose Mourinho (tiga), pernah menjuarai lebih daripada satu gelaran dalam saingan liga divisyen utama England itu.
Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters, berkata: "Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan dua pengurus pertama ini dalam Hall of Fame EPL.
"Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger kedua-duanya telah memberikan sumbangan bermakna dalam sejarah bola sepak di negara ini.
"Mereka membawa kejayaan yang berbeza, masing-masing di Manchester United dan Arsenal, dengan meningkatkan standard dan keterujaan penyokong dengan perseteruan yang melibatkan 16 gelaran sesama mereka."
Kedua-dua pengurus itu akan menyertai 16 pemain dalam Hall of Fame dengan tiga lagi pemain akan menyertai mereka berdasarkan undian penyokong. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Alex Ferguson
#Arsene Wenger
#Hall of Fame EPL
#pengurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan