awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri terkandas: APMM selamatkan 119 di Pulau Molleangin

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
01/05/2022
03:45 MYT
Feri terkandas: APMM selamatkan 119 di Pulau Molleangin
Feri tersebut telah mengalami kerosakan pada bahagian enjin sebelum terkandas dan dibawa arus ke kawasan terumbu karang. - Foto APMM
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyelamatkan sebuah feri terkandas di perairan Pulau Molleangin yang turut membawa seramai 119 penumpang.
Dalam kejadian itu, feri penumpang, Labuan Express 7 itu sedang dalam perjalanan menuju ke Jeti Feri Kudat selepas bertolak dari Jeti Feri Karakit, Pulau Banggi.
Namun, ia telah mengalami kerosakan pada bahagian enjin sebelum terkandas dan dibawa arus ke kawasan terumbu karang di perairan pulau berkenaan.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, sebanyak tiga bot ronda Maritim Malaysia digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.
Menerutnya, ia bagi memberikan bantuan segera dan pemantauan terhadap keselamatan penumpang.
“Turut terbabit dalam operasi membantu dan menyelamat pasukan Bomba Sukarela Pulau Banggi, Pasukan Polis Marin (PPM), sebuah bot Pantanunam Resort dan dua bot penduduk kampung.
“Semua 119 penumpang feri berkenaan akhirnya selamat dipindahkan ke feri penumpang bantuan yang disediakan,” katanya menerusi satu kenyataan media, pada malam Sabtu.
Chin Chau berkata, kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Jeti Feri Kudat dan operasi berkenaan berjaya dilaksanakan tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
"Maritim Malaysia ingin menasihatkan pengusaha feri dan pemilik bot supaya memastikan feri serta bot berada dalam keadaan baik.
“Pastikan setiap feri dan bot di bawah seliaan mereka diselenggara dengan baik serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#maritim
#feri terkandas
#Pulau Molleangin
#Labuan Express
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan