Kejayaan Ferrari di Sepang menyebabkan ketua pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene menitiskan air mata.

Titisan air mata kegembiraan itu menggambarkan kemenangan yang amat bermakna buat Ferrari.

Kali terakhir Ferrari melakar kemenangan ialah pada 12 Mei 2013 di GP Sepanyol.

Gambar dan cerita itu dikongsi wartawan Jerman, Nicola Pohl.


Kejayaan ini juga amat bermakna buat Vettel yang berjaya bangkit selepas melalui musim yang hambar bersama Ferrari dan juga Red Bull musim lalu.

Ada yang menggambarkan Vettel menyambut kemenangan di Sepang seakan sudah merangkul kejuaraan dunia yang kelimanya.


Vettel merangkul kejuaraan dunia empat tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Pada 2010, Vettel muncul juara dunia termuda sebelum muncul naib juara dunia termuda pada 2009 bersama Red Bull.

Sudah pasti kebangkitan Vettel ini mengundang beberapa meme, terutamanya menyindir pesaing terdekatnya, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes.
Selain kebangkitan semula Ferrari, kejayaan Vettel juga menamatkan kemarau kemenangannya selama 490 hari.