awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival Kraf Borneo di Sabah sasar nilai jualan RM1.1 juta

Bernama
Bernama
25/08/2023
23:45 MYT
Festival Kraf Borneo di Sabah sasar nilai jualan RM1.1 juta
Pelbagai seni kraf tempatan yang unik dan menarik menanti pengunjung sempena festival berkenaan. - Gambar Facebook Kraftangan Cawangan Sabah
KOTA KINABALU: Festival Kraf Borneo (FKB) 2023 yang bermula Khamis hingga 10 Sept ini, menyasarkan kutipan jualan sebanyak RM1.1 juta dengan sasaran kehadiran pengunjung 30,000 orang.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, seramai 60 usahawan kraf dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung menyertai festival berkenaan.
Bertemakan 'Ini Kraf Malaysia', FKB 2023 mengetengahkan kehalusan pertukangan kraf Malaysia khususnya komuniti kraf negeri Sabah dan Sarawak melalui pelbagai pengisian aktiviti yang komprehensif.
Menurut Kraftangan Malaysia, tahun ini FKB memberikan fokus kepada produk kraf aksesori dan gaya hidup yang dijadikan sebagai pelengkap keperluan untuk pilihan kepada pembeli.
"Berkonsepkan aspirasi Malaysia MADANI yang sinonim dengan etnik Sabah dan Sarawak, kepelbagaian etnik dan budaya ditampilkan melalui keunikan dan keindahan produk kraf.
"Festival ini memberi peluang kepada komuniti kraf Sabah dan Sarawak memasarkan produk kraf tempatan dan sebagai tempat pertemuan peniaga, pengusaha dan pemborong kraf seluruh Malaysia, khususnya Borneo," katanya.
Penganjuran FKB 2023 melalui Kraftangan Malaysia dapat merancakkan lagi ekonomi usahawan serta komuniti kraf di samping memberi limpahan manfaat secara langsung kepada rantaian nilai sektor pelancongan negeri Sabah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#festival kraf
#Borneo
#Kraftangan Malaysia
#seni warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan