awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV akan rujuk kes CEO, CFO kepada panel siasatan dalaman

Bernama
Bernama
03/07/2017
13:02 MYT
FGV akan rujuk kes CEO, CFO kepada panel siasatan dalaman
Semasa proses siasatan, Lembaga Pengarah FGV tidak akan mengulas dan/atau campur tangan berhubung perkara tersebut.
Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memutuskan untuk merujuk Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha kepada Panel Siasatan Dalaman.
Keputusan itu dibuat selepas menilai dan menimbang surat tunjuk sebab mereka berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Kedua-dua Zakaria dan Ahmad Tifli pada masa ini sedang bercuti.
"Lembaga telah menubuhkan panel yang sewajarnya daripada dalam Kumpulan FGV. Anggotanya bukan terdiri daripada para pengarah FVG," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, di sini, hari ini.
FGV juga berkata semasa proses siasatan itu, lembaga tidak akan mengulas dan/atau campur tangan berhubung perkara tersebut.
"Lembaga hanya akan membuat pengumuman yang perlu apabila panel telah menyerahkan keputusannya kepada lembaga dan satu resolusi telah dicapai. Proses ini dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan," kata syarikat itu.
FGV berkata lembaga juga memutuskan untuk menghantar nota peringatan kepada Zakaria bagi mengingatkan beliau bahawa semasa bercuti, beliau masih merupakan kakitangan FGV dan terikat dengan kod tata laku dan etika perniagaan syarikat bagi kakitangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Tifli Mohd Talha
#Bursa Malaysia
#Delima Oil Products
#Felda
#FGV
#siasatan
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan