awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fiat 124 Spider. Adik MX-5 dengan kelebihan desakan turbo

Astro Publication
Astro Publication
23/11/2015
04:32 MYT
Fiat 124 Spider. Adik MX-5 dengan kelebihan desakan turbo
Ini satu lagi kisah ‘rebadging’ atau perkongsian model antara syarikat berbeza dan masing-masing dengan nama berbeza. Fiat telah mengumumkan model terbaharu mereka – Fiat 124 Spider, yang sebenarnya berdasarkan roadster Mazda MX-5. Sejarahnya Peminat-peminat Fiat pasti akan mengetahui bahawa model ini mendapat namanya untuk meraikan ulangtahun ke-50 model Spider yang diperkenalkan pada 1966. Model Spider asal tersebut dianggap sebagai antara model paling cantik yang pernah syarikat itali ini hasilkan, dengan ciri-ciri kereta sports tradisi, khususnya kerana saiz dan ketinggian pemandu/penumpang yang rendah daripada permukaan jalan. Model baharu ini boleh didapati di dalam dua varian: 124 Spider dan Lusso. Rekaan Ia direka di pusat rekaan Fiat di Turin, Itali. Bagi varian 124 Spider, ia menampilkan aloi 16-inci, kerusi dibalut kain premium, lampu halogen, lampu belakang LED dan ‘cruise control’. Varian “Lusso’ yang lebih premium pula antara lain membawa kelainan aloi 17-inci, kerusi dibalut kulit premium dan penghawa dingin automatik. Antara perincian tambahan yang memberi kelainan kepada Fiat ini berbanding Mazda MX-5 adalah bonet yang lebih rumit termasuk sepasang ‘power dome’ sepertimana yang ada pada model Spider asal. Pada ketika itu, ciri ini amat berguna untuk membolehkan penggunaan enjin yang lebih besar.
Enjin Menyentuh hal ini, model baharu ini hanya mempunyai satu pilihan enjin iaitu jenis 4-silinder 1.4-liter MultiAir yang menghasilkan tork sebanyak 240Nm dan 138hp. Output yang agak tinggi relatif kepada kapasiti enjin kecil ini adalah hasil daripada penggunaan turbo; dan inilah yang menjadi perbezaan besar antara Fiat 124 Spider dan Mazda MX-5 yang mempunyai pilihan dua enjin. Namun kedua-duanya adalah NA dan tidak didesak pengecas turbo. [Baca laporan pelancaran Mazda MX-5 terbaharu di Malaysia di sini] Jenis transmisi adalah manual 6-kelajuan yang bertindak ke atas kedua-dua roda belakang. Sebelum itu, kuasa enjin juga perlu melalui unit ‘differential’ yang terletak di belakang untuk membantu imbangan yang lebih optima. Info-hiburan Sistem audio model ini lengkap dengan dua slot USB, ketersambungan Bluetooth dan enam pembesar suara. (Ciri panggilan bebas tangan adalah pilihan tambahan). Kawalan adalah melalui skrin sentuh 7-inci yang juga memaparkan imej daripada kamera undur serta sistem navigasi GPS. Keselamatan Ciri-ciri keselamatan (standard dan pilihan) yang ada pada Fiat 124 Spider termasuk lampu hadapan adaptif (suluhan lampu mengikut arah stereng), kawalan stabiliti elektronik (ESC), kawalan cengkaman (traction control), sistem tekanan tayar (tyre pressure monitoring), electronic roll mitigation (ERM) yang meneliti sama ada kereta mungkin akan terbalik dan akan cuba mengelak dengan membrek setiap satu tayar atau mengawal kuasa enjin. Selain itu, bonet kereta ini mempunyai ciri aktif di mana ia akan terangkat sedikit secara automatik apabila berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki. Ini dilakukan atas sebab-sebab yang telah Drebar.my terangkan di sini dengan lebih terperinci.
Topic Berkaitan
#
# 124 Spider
#Fiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan