awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem hebat tentang Sarawak ditayangkan percuma di Sibu esok

Bernama
Bernama
24/06/2022
01:17 MYT
Filem hebat tentang Sarawak ditayangkan percuma di Sibu esok
Peon, Kelinguh dan Setting Moon merupakan antara filem pendek yang akan ditayangkan di Sibu Digital Innovation Hub di Jalan Kuda di sini, secara percuma Sabtu ini. - Facebook/Sibu Digital Innovation Hub
SIBU: Peon, Kelinguh dan Setting Moon merupakan antara filem pendek yang akan ditayangkan di Sibu Digital Innovation Hub di Jalan Kuda di sini, secara percuma Sabtu ini.
Pegawai Perundangan yang juga Pegawai Penyelaras Program Sibu Digital Innovation Hub Charlly Simon berkata tontonan percuma untuk orang ramai itu bertujuan mempromosikan program Festival Filem Mini dan Festival Seni Mini (MFF X MAF) ke-18 yang akan diadakan di Kuching pada 14 hingga 17 Julai ini.
"MFF X MAF merupakan festival antarabangsa yang menghimpunkan pemain industri, bakat-bakat, pakar-pakar dan pelabur dalam bidang seni dan perfileman dari seluruh Asia Tenggara termasuk Thailand, Indonesia dan Myanmar," katanya dalam sidang media, di sini, semalam.
Beliau berkata pada Ahad, sesi wawancara bersama Pengarah Festival merangkap Pensyarah Kanan Falkuti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak Yow Chong Lee dan pengarah filem, Izaq Yuzaini akan diadakan.
Program itu juga dapat memberikan peluang kepada orang ramai memahami lebih mendalam objektif, visi dan misi program itu selain berkongsi pendapat, cadangan dan kritikan berkaitan industri filem dan seni di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setting Moon
#Peon
#Kelinguh
#Filem hebat tentang Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan