KUALA LUMPUR: Selepas berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem “Redha”, Tunku Mona Riza Tunku Khalid kali ini tampil lebih berani dengan mengetengahkan satu lagi karya baharu arahannya berjudul “Rain Town”.
Uniknya filem terbaharu yang diarahkan oleh sutradara alumni Akademi Filem New York itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun hakikatnya beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu dan terpaksa ditemani oleh jurubahasa sepanjang menjalani pengambaran filem itu di Taiping, Perak.
“Saya sukakan cabaran baharu...dan saya bukan nak melupakan Bahasa Melayu tetapi adalah bagus untuk menggunakan bahasa lain kerana ia baik untuk pembangunan industri perfileman kita.
"Saya bukan cuma berkarya dengan bahasa berbeza tapi menjalani keseluruhan proses yang menarik dari perspektif berlainan melalui interaksi dan pembelajaran. Walaupun timbul rasa takut dan bimbang, namun saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran filem itu, baru-baru ini.
Walaupun kali pertama mengarahkan filem berbahasa Kantonis, Tunku Mona berkata sebelum ini beliau pernah mengarahkan iklan pelbagai bahasa antaranya Bahasa Mandarin, Kemboja dan Vietnam selain menghasilkan supertelefilem “Uri” dan “Parit Jawa”, masing-masing dalam bahasa Iban dan Jawa.
Jika filem “Redha” diinspirasikan daripada kisah benar tentang cabaran sepasang suami isteri untuk membesarkan anak mereka yang menghidapi penyakit autisme, kali ini beliau sekali lagi mengetengahkan isu kekeluargaan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Menurut Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 ini “Rain Town” mengangkat kisah yang sarat dengan pelbagai emosi terutama apabila perlu berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak.
"Ia adalah isu keluarga yang biasa dialami dalam kehidupan segelintir masyarakat. Isu tersebut walaupun ada yang ambil mudah, namun masih boleh menyebabkan berlakunya keretakan hubungan dalam ahli keluarga sehingga hilangnya rasa hormat dan persefahaman.
"... daripada maklum balas yang diterima, ramai yang berkongsi bahawa isu yang dibawa di dalam filem ini mudah difahami dan kebanyakan turut mengalami masalah serupa," katanya.
Jalan cerita “Rain Town” berkisar mengenai Choo seorang bapa yang juga ketua keluarga yang berterusan mencampuri kehidupan peribadi tiga anaknya yang sudah dewasa iaitu Isaac, Alex dan Ruby, sehingga mengabaikan cita-cita dan kebahagiaan mereka.
Apabila isteri Choo, Aileen ditimpa kemalangan, hubungan keluarga itu semakin renggang sehingga mencampakkan mereka ke dalam konflik yang menyayat hati.
Menariknya biarpun hanya akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 8 Feb 2024, filem ini telahpun mendapat perhatian di persada antarabangsa dengan menerima Anugerah Khas Filem Bahasa Yang Paling Dinantikan pada Anugerah “China Golden Rooster” Ke-36 bersempena Festival Filem "Golden Rooster and Hundred Flowers" di Xiamen, China, November lepas.
Filem terbitan Current Pictures Sdn Bhd itu turut terpilih mewakili Malaysia ke Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera Ke-10 (SRIFF) di Fuzhou, China; Festival Filem Asia Vancouver (VAFF); Festival Filem Dunia Asia (AWFF); Festival Filem Antarabangsa India Ke-54 (IFFI) dan Festival Filem Medan (MFF) juga pada November lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Tunku Mona (lima, kanan) bergambar bersama barisan pelakon dan Pengerusi Finas Datuk Kamil Othman (empat, kanan) pada sidang media filem 'Rain Town' di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur, 18 Dis lalu. --fotoBERNAMA
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.