KOTA KINABALU: Isu tuntutan yang didakwa datangnya dari Kesultanan Sulu seharusnya diberikan keutamaan dan diselesaikan kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra, tegas Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menurut Presiden Parti Warisan itu, Filipina atau pihak yang mendakwa menjadi waris diraja tersebut tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat sebarang tuntutan.
Ini kerana, tegasnya, Sabah adalah sebuah negeri merdeka dan langkah proaktif perlu dilaksanakan kerajaan.
“Kami berpendirian bahawa Filipina mahupun mana-mana pewaris yang mendakwa diri mereka adalah dari Kesultanan Sulu tidak mempunyai hak undang-undang untuk menuntut atau membuat tuntutan ke atas Sabah.
“Apa sahaja tuntutan oleh Manila atau waris secara langsung atau tidak, tidak boleh dilayan kerana Sabah adalah negeri merdeka yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa pertikaian harus diselesaikan oleh Putrajaya dan Wisma Putra serta langkah proaktif perlu diambil untuk menyelesaikannya dan bukan hanya membiarkannya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Kenyataan tersebut dibuat Mohd Shafie susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Paris untuk menganugerahkan RM62 bilion kepada pewaris Kesultanan Sulu.
Menurut beliau, Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini telah memberi penjelasan bahawa Malaysia telah menghentikan percubaan oleh waris yang dipanggil untuk mendapatkan penghakiman di Sepanyol.
“Anehnya kes itu dipindahkan ke Perancis oleh penimbang tara yang sama di Sepanyol dan penghakiman telah diperoleh di mahkamah Paris pada Feb 2022,” kata beliau lagi.
Penjelasan Mohd Shafie ini juga dibuat berikutan akhir-akhir ini, bekas Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee menyindir dan mengatakan wujud penglibatan antara beliau dengan waris kesultanan terbabit.
Bahkan, tegas Mohd Shafie, beliau turut didakwa berada di Sepanyol ketika kes itu mula diutarakan pada 2019.
“Saya tidak pernah berada di Sepanyol dan sepanjang pengetahuan saya tiada pegawai Sabah pergi ke Sepanyol berhubung kes itu.
“Saya percaya Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara mengendalikan perkara itu dan berusaha menghentikan permohonan waris tersebut untuk mendapatkan penghakiman di Madrid.
“Mereka harus membaca penjelasan yang panjang lebar oleh Wisma Putra dan AGC pada 2 Mac 2022 dan apa yang dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 10 Mac 2022.
“Laporan tersebut jelas menunjukkan perkara itu dikendalikan oleh kerajaan Persekutuan dan bukan Sabah mahupun saya,” tegas Mohd Shafie.
Sehubungan itu, Mohd Shafie membidas Anifah dan Yong dengan menyifatkan kedua-dua personaliti itu tidak layak untuk memberi pandangan mengenai ‘tuntuan Sulu’.
“Anifah tahu kerajaan Filipina tidak mengiktiraf apa yang dipanggil ‘Kesultanan Sulu’ dan melabelkan mereka ‘pengganas’ dan ‘penjenayah’ semasa pencerobohan pada 2013 di Lahad Datu.
“Tiada sesiapa atau mana-mana kerajaan akan mengiktiraf mereka dan dakwaan mereka ke atas Sabah tidak masuk akal sama sekali,” tambah Mohd Shafie lagi.
Alexion Mairin
Wed Mar 23 2022
Apa sahaja tuntutan oleh Manila atau waris secara langsung atau tidak, tidak boleh dilayan kerana Sabah adalah negeri merdeka yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, tegas Mohd Shafie Apdal.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Tuntutan Kumpulan Sulu: Malaysia lancar 'Malaysia-Sulucase.gov.my', dedah fakta sebenar
Laman web tersebut diwujudkan bagi membolehkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengetahui fakta sebenar kes tersebut.
Malaysia henti bayar wang serahan kepada waris Kesultanan Sulu sejak 2013
Malaysia sudah menghentikan pembayaran wang serahan berjumlah RM5,300 setahun melalui peguam yang mewakili sembilan waris Kesultanan Sulu sejak 2013 lagi.