KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi akan mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meneliti isu gaji pelakon kanak-kanak bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan terhadap golongan itu.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu ini penting memandangkan kanak-kanak mungkin tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai seorang pelakon.
"Pada waktu ini FINAS sedang meneliti beberapa pindaan akta termasuk Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) untuk tambah baik isu kanak-kanak dan orang muda yang terlibat dalam penggambaran, selain isu kebajikan seniman, veteran dan kru penggambaran," katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Negara bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berhubung langkah bagi melindungi hak dan keselamatan pelakon kanak-kanak.
Sementara itu menjawab soalan asal Senator Datuk Noraini Idris, Fahmi berkata pihaknya memandang serius statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkenaan 73.13 peratus penerbit filem tidak peka terhadap keperluan permohonan Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak dan Orang Muda di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Beliau berkata pada masa ini kebanyakan syarikat penggambaran dan perfileman berhubung dengan FINAS untuk memohon Surat Perakuan Penggambaran (SBP).
"Kita akan jadikan salah satu kayu ukur program FINAS untuk pastikan semua syarikat yang mohon SBP faham lesen yang mereka perlu mohon dengan Jabatan Tenaga Kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan sempena Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
Kerajaan kaji penurunan caj jalur lebar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membincangkan penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar.