KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan bekerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk meningkatkan pendaftaran harta intelek (IP) dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata langkah itu penting kepada penggiat seni bagi menjana pendapatan berterusan dalam pelbagai kaedah seperti jualan pengedaran dan remix atau rakaman semula karya selain melindungi daripada cetak rompak.
"Apabila kita bercakap soal bisnes, nilai IP sangat penting. Kadang-kadang penerbit hanya melihat filem box office pada tahun pertama dan kedua sahaja, tapi apabila kita ada IP dan hak cipta terhadap karya itu, kita dapat jana wang dalam pelbagai cara.
"Katakanlah kita ada satu genre filem yang memang disukai ramai pada tahun 80-an, kalau ada orang lain nak buat remix pada filem itu sekarang, kita hanya perlu maklumkan kita mempunyai IP. Tapi asasnya, tetap bergantung kepada karya yang berkualiti, baru penjanaan wang boleh dilakukan," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.
Azmir turut memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah MyIPO Kamal Kormin pada minggu lepas untuk membincangkan isu IP dalam industri kreatif dan perfileman, yang akan disusuli beberapa lagi pertemuan bagi memuktamadkan bentuk kerjasama boleh dilaksanakan.
Sementara itu, beliau berkata cadangan penambahbaikan Akta FINAS 1981 (Akta 244) termasuk memasukkan pencipta kandungan bagi filem komersial kini di draf akhir dan dijangka dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada September ini.
"Pada tahun akta itu ditubuhkan definisinya berkaitan arca bergerak sahaja, tapi apa yang kita telah bincangkan dengan peguam FINAS definisi itu akan dikekalkan cuma ada penambahan berkaitan platform digital selari dengan perkembangan teknologi semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Azmir Saifuddin berkata langkah itu penting kepada penggiat seni bagi menjana pendapatan berterusan dalam pelbagai kaedah. - Gambar fail/Bernama
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Finas dan Perkeso bakal tandatangani MoU April nanti - Fahmi
Menurut Fahmi, aspek keselamatan sosial kepada pekerja belakang tabir syarikat-syarikat produksi kurang dibincangkan sebelum ini.
FINAS berhasrat jalin kerjasama dengan pemenang Oscar, Kartiki Gonsalves
Kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.
Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam
Hasil perbincangan Finas dan MAFE, terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi dapat kutipan pecah panggung.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.