awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rentung, kereta terbakar di Plaza Tol Jitra

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/01/2026
23:30 MYT
Dua rentung, kereta terbakar di Plaza Tol Jitra
Dua orang ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, awal pagi tadi. - Gambar ihsan bomba
JITRA: Dua orang ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05 pagi.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari BBP Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan dibantu lima anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian.
"Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civid FD dan api sedang marak.
"Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua mangsa rentung di dalam kereta terbabit.
"Bagaimanapun, jantina atau identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini," katanya di sini, hari ini.
Noor Azhar berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.
Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Topic Berkaitan
#dua rentung
#kereta terbakar
#Plaza Tol Jitra
#bomba Jitra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan