awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final AFCON penuh kontroversi, Senegal tawan kejuaraan di bumi Maghribi

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
18/01/2026
23:15 MYT
Final AFCON penuh kontroversi, Senegal tawan kejuaraan di bumi Maghribi
Pemain Senegal meraikan kemenangan selepas menjuarai perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika antara Senegal dan Maghribi, di Rabat, Maghribi, 18 Jan 2026. (Foto AP)
SENEGAL muncul juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menewaskan Maghribi 1-0 dalam perlawanan akhir penuh dramatik dan kontroversi yang berlangsung di Rabat.

Ringkasan AI
  • Senegal menjuarai Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Maghribi 1-0 dalam perlawanan akhir dramatik di Rabat, dengan gol kemenangan dijaringkan oleh Pape Gueye pada masa tambahan.
  • Ketegangan meningkat apabila Maghribi diberi sepakan penalti selepas semakan VAR, tetapi Brahim Diaz gagal menjaringkannya, memicu kemarahan pemain Senegal yang meninggalkan padang sebagai tanda protes.
  • Kemenangan ini menyebabkan kekecohan di stadium, dengan penyokong memecahkan tempat duduk susulan insiden penalti, manakala Sadio Man dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Gol kemenangan dijaringkan oleh Pape Gueye menerusi rembatan padu ke penjuru atas gawang pada masa tambahan, sekali gus memastikan Senegal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi empat tahun lalu.
Ketegangan memuncak pada masa kecederaan separuh masa kedua apabila Maghribi dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan VAR, susulan dakwaan Brahim Diaz dijatuhkan oleh El Hadji Malick Diouf. Namun, sepakan penalti tersebut gagal disempurnakan oleh Diaz, mencetuskan sorakan lega kem Senegal.
Keputusan penalti itu mencetuskan kemarahan pemain Senegal, yang bertindak meninggalkan padang sebagai tanda protes. Kekecohan semakin memuncak apabila keputusan awal pengadil sebelum itu menyebabkan VAR tidak dapat campur tangan terhadap insiden gol Ismaila Sarr yang dibatalkan beberapa minit lebih awal.
Suasana di stadium menjadi tidak terkawal apabila penyokong memecahkan penghadang tempat duduk susulan insiden penalti pada minit kesembilan masa kecederaan, memaksa kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Apabila wisel penamat dibunyikan, Senegal disahkan sebagai juara dalam salah satu perlawanan akhir paling luar biasa dan sukar dipercayai dalam sejarah AFCON. Sadio Mané dan rakan sepasukan sekali lagi dinobatkan sebagai raja bola sepak Afrika, kali ini melakukannya di gelanggang lawan.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah pemain, pegawai dan penyokong Senegal yang hadir, meraikan kejayaan bersejarah tersebut. Sebaliknya, kem Maghribi jelas kecewa apabila mengalami kekalahan pertama mereka sepanjang kejohanan di pentas final.
Brahim Diaz menerima anugerah Kasut Emas dengan wajah sugul, manakala Sadio Mané dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dalam suasana penuh kegembiraan kem Senegal. Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, pula memenangi anugerah Sarung Tangan Emas.
Au bout dune soirée magique, le Sénégal est de nouveau . pic.twitter.com/PSc5xczHJs
— Equipe du Sénégal (@GaindeYi) January 18, 2026
Topic Berkaitan
#Senegal
#AFCON
#Maghribi
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan