awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finas tawar dana kepada syarikat produksi tempatan bagi tingkatkan kandungan kreatif

Bernama
Bernama
27/04/2021
05:12 MYT
Finas tawar dana kepada syarikat produksi tempatan bagi tingkatkan kandungan kreatif
Finas menawarkan dana kepada syarikat produksi tempatan untuk menerbitkan karya bagi slot khas di platform stesen televisyen bertemakan kenegaraan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menawarkan Dana PELAKSANA 3.0 Kenegaraan kepada syarikat produksi tempatan bertujuan meningkatkan penghasilan karya kandungan kreatif bertemakan kenegaraan.
Unit Komunikasi Korporat Finas dalam kenyataan memaklumkan tawaran dana itu juga berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.
"Inisiatif dana ini ditawarkan kepada syarikat produksi tempatan untuk menerbitkan karya bagi slot khas di platform stesen televisyen bertemakan kenegaraan melibatkan kategori penerbitan drama bersiri mini (lapan episod) dan supertelemovie," menurut kenyataan itu.
Selain itu Finas turut menawarkan Dana Program TV/OTT (over-the-top) dengan kerjasama Media Prima kepada syarikat produksi tempatan yang melibatkan penerbitan supertelemovie.
Ia bertujuan meningkatkan kandungan kreatif tempatan dan penontonan di platform penyiar OTT serta memperbanyakkan pemilikan hak cipta kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan pada masa hadapan.
Permohonan bagi dua dana tersebut telah dibuka semalam hingga 25 Mei 2021 melalui pautan https://www.finas.gov.my/prisma/dana-pelaksana-3.html dan https://www.finas.gov.my/prisma/dana-program-TVOTT.html.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#dana
#syarikat produksi
#Stesen Televisyen
#kenegaraan
#Dana PELAKSANA 3 0 Kenegaraan
#Pelaksana
#slot khas
#drama bersiri
#supertelemovie
#industri kreatif'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan