KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman, awal bulan ini.
Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.
Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 Nov lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.
Menurut plaintif, kenyataan Siti Mastura juga mengandungi butiran bahawa mereka adalah musuh negara serta tidak mempunyai kesetiaan kepada Raja dan negara selain warganegara yang tidak setia dan mengamalkan ideologi terlarang.
Plaintif mendakwa kenyataan itu turut mengandungi butiran bahawa mereka membawa ancaman kepada keselamatan negara selain dakwaan mereka adalah sebahagian daripada agenda 'Klan Lim' untuk membentuk sistem karde, iaitu istilah yang biasa digunakan dalam struktur parti komunis, oleh DAP bagi menyebarkan ideologi dan falsafah komunis di negara ini.
Ketiga-tiga ahli politik menegaskan bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu serta berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan parti komunis dan Chin Peng.
"Tindakan defendan jelas sekali didorongi dengan tipu muslihat untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej parti politik defendan," menurut ketiga-tiga plaintif dalam pernyataan tuntutan.
Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama.
Mahkamah Tinggi di Georgetown menetapkan 12 dan 19 Dis ini untuk pengurusan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman, awal bulan ini. - Gambar fail/BERNAMA

PM pelawa syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot sambung semula penerbangan langsung ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

Semakan semula Akta Industri Pelancongan dijangka siap suku pertama 2026 - MOTAC
Kajian semakan semula Akta 482 telah dimulakan pada Ogos 2023 melalui pelaksanaan 54 sesi libat urus.

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v

Menteri Kerja Raya nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo Sabah
Alexander Nanta Linggi menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah, tidak berasas dan bermotifkan niat jahat terhadap dirinya.

Undang-undang tangani fitnah AI perlu digubal - Yang Dipertua Dewan Rakyat
Johari Abdul mencadangkan agar Malaysia meneliti kemungkinan untuk menggubal undang-undang baharu, bagi menangani penyebaran fitnah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sultan Perak dukacita isu agama, kaum terus disensasi
Baginda bertitah, isu agama dan kaum, semakin disensasikan oleh mereka yang mahu diiktiraf sebagai wira kaum dan agama.

Saman fitnah: Lokman Adam mohon maaf secara terbuka kepada Rosli Dahlan
Rosli failkan saman berhubung penyiaran video yang mendakwa beliau mengaut keuntungan secara tidak sah daripada wang berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB.

Masih ada fitnah terhadap PM Anwar walaupun Ramadan - Setiausaha Akhbar Kanan
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, tohmahan berkenaan juga dibuat walaupun ketika pada bulan Ramadan.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

Kes saman Anwar terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik
Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.