Lima menteri kabinet antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob kali ini.
Mereka yang merupakan antara 14 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran 'Datuk Seri' ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun; Menteri Kesihatan Dr Dzulkeply Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan MD Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata turut menerima DGSM ialah Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Jamil Salleh dan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang.
Yang lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Dr Roslan Md Taha; Pengarah Urusan Kuala Linggi International Port Datuk Noormustafa Kamal Yahya; Pengarah Urusan Fazil Group Datuk Mohamad Fazil Shafie dan Pengarah Urusan GUH Holding Sdn Bhd Datuk H'ng Bak Tee.
Adly berkata Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mendahului senarai penerima itu bersama-sama 160 penerima lain pada istiadat penganugerahan sesi pertama hari ini manakala sesi kedua membabitkan 258 penerima dijadualkan pada 10 Nov.
Menurut beliau seramai sembilan akan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran 'Datuk Wira' antaranya Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Omar Jaafar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Hatta Md Ramli dan Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.
"Pakar perunding perubatan Datuk Seri Dr L. Suresh Raj; Pengarah Eksekutif Safz Auto Sdn Bhd Datuk Muhamad Faizal Zainol; Pengerusi Kehormat Persatuan Pelaburan China-Kesatuan Pelaburan Luar Negara Datuk Md Wira Dani Abdul Daim dan Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin," katanya.
Seramai 18 individu dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' antaranya Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhammad Jailani Khamis dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Mohd Sofi Abdul Wahab.
"Pegawai Kewangan Negeri Melaka Hanafi Sakri; Penasihat Undang-undang Negeri Melaka Mohamad Abazafree Mohd Abbas; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Wong Fort Pin; Naib Presiden Amanah Senator Husam Musa dan Timbalan Ketua Audit Negara Zulkipli Abdullah," katanya.
Adly berkata Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran 'Datuk' pula menyaksikan 59 penerima tahun ini antaranya Duta Besar Malaysia ke Myanmar Zahairi Baharim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Jabatan Ketua Menteri Melaka Salhah Salleh; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka Zaidi Johari dan Ketua ICT Melaka Wahilman Siwar.
Turut menerima DPSM ialah Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka Mariam Ilias; Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Putra Specialist Hospital Melaka Dr K. Parameswaran; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Concord Green Energy Sdn Bhd Abdul Malik Mohd Hussin; Pengarah Syarikat Kujaya Group Wan Kian Han dan bekas Olahragawan Kebangsaan M. Ramachandran, katanya.
Katanya seramai 18 orang akan menerima Darjah Seri Melaka (DSM); 35 orang dianugerahi Bintang Cemerlang Melaka (BCM); 72 orang menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT); 100 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian PJK); 87 dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat (PBM); dan tujuh orang menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).
Bernama
Sat Oct 13 2018
Lima menteri kabinet antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian.
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku
Mereka berjaya memberi impak positif daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.
Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel
Auni Batrisyia Mohd Azmani dianugerahkan Golden Awards bagi penulisan esei bertajuk 'The Valorous Age.'
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia
Dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lepas, mendapat Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Affendi Buang antara tiga rakyat Malaysia terima anugerah 'Order of Australia' 2023
Tiga rakyat Malaysia menerima penghormatan Order of Australia pada tahun ini atas sumbangan cemerlang mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Australia.
KP WHO dianugerah pingat Olimpik
Bach menyifatkan Ghebreyesus sebagai "saudara" atas bantuan nasihatnya semasa pandemik COVID-19 untuk menganjurkan Olimpik Tokyo pada 2021.
Mohamad Sabu terima anugerah "Medal of Spiritual Unity" di Rusia
Datuk Seri Mohamad Sabu dianugerahkan "Medal of Spiritual Unity" dalam lawatan kerjanya ke Rusia.