awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serbuan terhadap kerja haram catat rekod tertinggi seluruh UK
Indonesia mula operasi pengubahsuaian cuaca kurangkan risiko banjir di Jakarta
Hungary tetapkan 12 April sebagai tarikh pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FLYSiswa 2026 diperluas, empat kategori baharu manfaatkan lebih 60,000 pelajar

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
13/01/2026
08:44 MYT
FLYSiswa 2026 diperluas, empat kategori baharu manfaatkan lebih 60,000 pelajar
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Karnival Pengangkutan Siswa MADANI dan FLYsiswa 2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM). - Astro AWANI
SERDANG : Kementerian Pengangkutan mengumumkan peluasan inisiatif FLYsiswa 2026 dengan memperkenalkan empat kategori tambahan pelajar, sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 penerima.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu bertujuan menjamin ekuiti dan inklusiviti, selain menyokong sektor pendidikan awam di seluruh negara.
“Bagi tahun 2026, kementerian akan memperluaskan subsidi dengan menambah kuota kepada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM), universiti separa kerajaan serta Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri (IPTN).
“Pada masa yang sama, ia mengiktiraf peranan penting institusi-institusi ini dalam pembangunan modal insan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Pengangkutan Siswa MADANI dan FLYsiswa 2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Selasa.
Beliau menjelaskan, inisiatif FLYsiswa menyediakan bantuan tiket penerbangan bagi meringankan beban kewangan pelajar, sambil merapatkan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dari segi hubungan kekeluargaan dan kesejahteraan pelajar.
“Kerajaan sentiasa komited dan peka terhadap suara rakyat. Dana berjumlah RM24 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program tahunan ini, khusus bagi membantu pelajar kurang berkemampuan,” katanya.
Melalui program ini, setiap pelajar yang layak akan menerima baucar digital bernilai RM400 daripada syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines Berhad, AirAsia Berhad, Batik Air, Firefly dan Air Borneo.
Sejak pelaksanaan FLYsiswa pada 2023 hingga akhir 2025, seramai 119,790 pelajar atau 75.53 peratus daripada 158,600 pelajar yang layak telah menerima manfaat daripada bantuan subsidi tiket penerbangan ini.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#FLYsiswa 2026
#Institusi Pengajian Tinggi
#pendidikan awam
#pengangkutan awam
#modal insan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan