awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UEC: Pengiktirafan perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Tidak ambil SPM, lepasan sekolah agama swasta berisiko tercicir masuk universiti - Alimuddin
BRICS platform penting bagi kerjasama di tengah ketidakpastian geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hungary tetapkan 12 April sebagai tarikh pilihan raya Parlimen

Bernama
Bernama
13/01/2026
20:00 MYT
Hungary tetapkan 12 April sebagai tarikh pilihan raya Parlimen
Perdana Menteri Viktor Orban berkata beliau bersedia untuk berkhidmat semula sebagai ketua kerajaan. - Foto AP
BUDAPEST: Presiden Hungary Tamas Sulyok, pada Selasa menetapkan 12 April sebagai tarikh pilihan raya parlimen negara itu, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Sulyok berkata hak untuk mengadakan pilihan raya bebas adalah antara tonggak asas demokrasi dan menggalakkan rakyat agar mengambil bahagian dalam pengundian.
Menurut undang-undang Hungary, pilihan raya parlimen mesti diadakan pada Ahad dalam bulan April atau Mei dan tidak boleh bertembung dengan cuti umum atau perayaan Easter atau Pentecost.
Pilihan raya kali ini berlangsung dalam landskap politik yang berubah berbanding pilihan raya sebelum ini, dengan tinjauan pendapat terkini menunjukkan sokongan yang hampir seimbang antara parti pemerintah dan pihak pembangkang.
Perdana Menteri Viktor Orban, yang mengetuai senarai calon parti pemerintah Fidesz semasa kongres partinya pada Sabtu berkata beliau bersedia untuk berkhidmat semula sebagai ketua kerajaan. Orban memegang jawatan itu secara berterusan sejak 2010 dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1998 hingga 2002.
Susulan pengumuman itu, Orban berkata 12 April akan menjadi satu "pilihan yang selamat," selari dengan slogan kempen semasa parti pemerintah. Pemimpin pembangkang Peter Magyar, ketua Parti Tisza, pula menyeru penyokongnya untuk bersiap sedia menjelang pilihan raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hungary
#politik hungary
#pilihan raya presiden
#Viktor Orban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan