KUALA LUMPUR: Kontroversi laungan 'takbir' tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata tujuan utama demonstrasi malam ini adalah untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang sedang sengsara dan menderita berikutan konflik terbaharu Palestin-Israel.
"Saya harap sangat perkara kecil yang lain itu tidak menenggelamkan (isu yang sebenar) kerana perkara ini beri kesan. Kita tumpu pada benda kecil sedangkan kita perlu bersatu kepada perkara yang lebih besar.
"Harapan saya, semua umat Islam walaupun berlainan politik, janganlah kita tengok benda yang kecil itu sampai kita lupa benda yang lebih besar," katanya kepada media selepas berucap pada Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di Studio TV Alhijrah di sini hari ini.
Beliau menambah tiada isu bagi bukan Islam melaungkan 'takbir' dalam perhimpunan solidariti malam ini selagi ia tidak berniat jahat, sebaliknya kerana mahu menunjukkan sokongan kepada matlamat perhimpunan itu.
Menurutnya untuk pemahaman lebih jelas mengenai penggunaan 'takbir', orang ramai boleh merujuk kepada mufti.
Sementara itu, pada wacana itu Mohd Na'im berkata peranan media dalam melaporkan peperangan dan konflik adalah penting kerana ia akan memberikan orang ramai maklumat yang benar, tepat pada masanya dan liputan bertanggungjawab.
Beliau menambah peranan media penting kerana ia berfungsi sebagai sumber maklumat untuk orang ramai, dipertanggungjawabkan oleh pihak berkaitan dan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman serta memberi penerangan mengenai pelanggaran hak asasi manusia, jenayah perang dan pencabulan undang-undang antarabangsa.
"Wacana hari ini tidak lain tidak bukan untuk meminta pelaporan yang adil dan saksama di Gaza dan Palestin dalam meningkatkan kefahaman tentang isu yang dihadapi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Kontroversi laungan 'takbir' tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - BERNAMA
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Isu Palestin: Syed Saddiq sokong, bangga ketegasan PM
Ketegasan itu melambangkan kedudukan Malaysia di persada dunia dalam membela negara kecil yang ditekan dan tertekan seperti Palestin.
Lautan putih tanda solidariti, lebih 16,000 hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin
Program itu umpama 'pembesar suara' bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.
Laungan 'Hidup Gaza', 'Free Palestine' bergema, ribuan rakyat Malaysia bersolidariti
Laungan 'Hidup Gaza' dan 'Free, Free Palestine' bergema di Stadium Axiata Arena, malam ini sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin.
Fokus kepada solidariti bukan perkara kontroversi - Mohd Na'im
Kontroversi laungan 'takbir' tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini.
20,000 peserta dijangka hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin - Penganjur
Perhimpunanan dijadualkan bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat yang dipimpin imam dan qari dari Palestin, Shaykh Rami As-Sousi.