awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus Op Saji siasat elemen pelarian cukai sahaja - LHDN

Bernama
Bernama
24/03/2022
13:38 MYT
Fokus Op Saji siasat elemen pelarian cukai sahaja - LHDN
Fokus Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam Operasi Subsidi Minyak Masak atau Op Saji Bilangan 1/2022 adalah bagi menyiasat elemen pelarian cukai pendapatan dalam kalangan syarikat mendapat minyak masak bersubsidi.
PUTRAJAYA: Fokus Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam Operasi Subsidi Minyak Masak atau Op Saji Bilangan 1/2022 adalah bagi menyiasat elemen pelarian cukai pendapatan dalam kalangan syarikat mendapat minyak masak bersubsidi.
Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, siasatan merangkumi kegagalan syarikat dan kilang pembungkusan minyak masak bersubsidi untuk melaporkan amaun pendapatan yang layak dikenakan cukai, amaun jualan sepatutnya dan mendaftar fail cukai dengan agensi tersebut.
Menjelaskan kekeliruan laporan akhbar berhubung Op Saji yang dikendalikan LHDN selama tiga hari bermula 21 Mac, LHDN menegaskan pihaknya tidak menyiasat kemungkinan kewujudan penyelewengan minyak masak bersubsidi kerana di luar skop agensi dan ia adalah bidang tugas kementerian lain.
Menurut LHDN, Op Saji melibatkan agenda kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan yang menzahirkan peranan serta fungsi masing-masing untuk bersatu memerangi salah laku yang boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dan menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi mendedahkan pihaknya mengesan elemen pelarian cukai dalam kalangan syarikat yang mendapat subsidi minyak masak, melibatkan jumlah cukai dianggarkan RM200 juta, hasil siasatan terhadap 63 syarikat seluruh negara.
Menurutnya, pendapatan terkurang lapor kesan daripada aktiviti penyelewengan subsidi minyak masak dianggarkan sebanyak RM1 bilion melibatkan tahun taksiran 2018 hingga 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#Op Saji
#Operasi Subsidi Minyak Masak
#cukai
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan