Astro Publication
Mon Dec 22 2014
Tidak lama selepas mengumumkan penjualan Ford Kuga varian edisi khas, Sime Darby Auto Connexion sekarang memperkenalkan Ford Focus edisi khas pada harga RM131,888 (termasuk insurans).
Penambahbaikan yang diberi pada varian ini adalah body kit penuh, lampu DRL, karpet khas, tempat duduk dibalut kulit dan pelekat khas pada badan kereta. Ford Focus edisi khas ini juga datang dalam warna biru (Winning Blue) atau putih (Frozen White).
Ford Focus edisi khas ini hanya dijual untuk tempoh yang terhad; dan setiap pembelian dilengkapkan dengan Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP) untuk menawarkan ketenangan minda kepada para pelanggannya. ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.
Focus menggunakan enjin Duratec 2.0-litre Ti-VCT GDi yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 168hp dan tork sebanyak 202Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik Ford PowerShift enam kelajuan terkini.
Dengan jualan mencecah 10 juta unit sejak diperkenalkan pada tahun 1998, Focus kini merupakan model paling laris di dunia. Ia menjadi kereta pilihan pengguna di seluruh dunia berikutan nilainya yang luar biasa, selain menawarkan keselesaan, keselamatan dan seronok dipandu.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Ford Focus Edisi Khas
Model paling laris di dunia sekarang dijual dalam varian Edisi Khas pada harga RM131,888