Ford Motor Company telah mengumumkan kerjasama dengan DowAksa bagi menghasilkan gentian karbon gred automotif yang bukan hanya boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar, malah untuk menghasilkan gentian karbon yang, menerusi pengurangan berat, mampu menjimatkan bahan api dan meningkatkan prestasi serta keupayaan kereta.

(DowAksa sendiri adalah kerjasama 50/50 diantara syarikat The Dow Chemical Company dan Aksa Akrilik Kimya Sanayii AS)


Kerjasama ini akan seterusnya membentuk Institute for Advanced Composites Manufacturing Innovation yang disokong oleh kerajaan Amerika menerusi Jabatan Tenaga negara tersebut.

Menghasilkan model-model kenderaan lebih ringan adalah faktor besar di dalam rancangan Ford untuk mencapai kelestarian (sustainability), dengan matlamat untuk meminimakan penggunaan bahan api dan gas ekzos.

Antara produk lain yang menggunakan falsafah ‘lightweight’ adalah Ford Fiesta yang menggunakan besi boron.Pikap Ford F-150 juga menggunakan bahan-bahan ringan seperti aluminium untuk mengurangkan berat model itu sehingga 300kg.

Pada awal tahun ini, model ikonik ford iaitu Ford GT serba baharu telah diperkenalkan. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang ringan seperti gentian karbon dan aluminium. Dengan applikasi gentian karbon yang maju, ia memperlihatkan nisbah perkadaran kuasa kepada berat atau powe- to-weight ratio antara yang terbaik jika dibandingkan dengan kereta-kereta lain.

Konsep ‘Lightweight Fusion’ yang mengapplikasikan penggunaan bahan-bahan ringan seperti aluminium, ‘High strength steel’, magnesium, bahan komposit dan gentian karbon telah memperlihatkan berat kereta seperti model Fiesta dapat dikurangkan sebanyak 25%.