KUALA LUMPUR: Format baharu pengisytiharan aset anggota pentadbiran kerajaan serta Ahli Parlimen sudah dimuktamad dan akan dibawa untuk penelitian lanjut Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata cadangan format baharu itu telah dibentang dan dipersetujukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional siri dua yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Januari lepas.
Beliau berkata format itu adalah penambahbaikan daripada konsep pengisytiharan aset oleh Ahli Parlimen yang pernah dilakukan pada 2018.
"Berbanding 2018, kita hanya isytihar apa harta kita ada dan nilainya, kali ini lebih tepat dan telus termasuk sekiranya ada aset, ia perlu diisytihar lengkap dengan harga asal dan waktu aset itu diperoleh.
"Seterusnya kena maklum nilai semasa aset berkenaan kemudian kita juga akan lakukan perbandingan harga asal dan nilai semasa sesuatu aset," katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai Pelan Implementasi Reformasi Institusi pada sesi kamar khas Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai cadangan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Kulasegaran berkata kerajaan sudah memulakan kajian berdasarkan keterangan membabitkan tiga negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom bagi mendapatkan kaedah amalan terbaik berhubung perkara itu.
Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said juga telah mengadakan perbincangan awal dengan Menteri Keadilan dan Peguam Negara Kanada serta Setiausaha Rendah Parlimen bagi Kementerian Kehakiman United Kingdom, semalam.
"Pertemuan yang diadakan ketika Datuk Seri Azalina menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel 2024 di Zanzibar, Tanzania semalam adalah sebahagian daripada permulaan Kajian Empirikal Berkaitan Cadangan Pengasingan Kuasa yang disokong oleh Kerajaan Perpaduan," katanya.
Kulasegaran berkata pada masa sama, kerajaan juga melakukan kajian menyeluruh mengenai cadangan untuk menetapkan had tempoh maksimum dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri.
"Ini termasuk giat melakukan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta kajian perbandingan pelaksanaan tempoh perkhidmatan Menteri, Perdana Menteri dan Presiden negara luar yang mengamalkan sistem monarki dan raja berperlembagaan termasuk republik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Kulasegaran berkata format itu adalah penambahbaikan daripada konsep pengisytiharan aset oleh Ahli Parlimen yang pernah dilakukan pada 2018. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.
Format baharu isytihar harta Ahli Parlimen sudah dimuktamadkan - Kulasegaran
Cadangan format baharu itu telah dibentang dan dipersetuju dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional siri dua.
STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.
FAM cadang perkenal format baharu Liga FAM
Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu sedang meneliti beberapa faktor sebelum membuat keputusan muktamad berhubung penyertaan senarai pasukan bertanding dalam Liga FAM musim depan.
Sasaran ke final Piala AFF boleh dicapai - Aidil
Gabungan pemain senior dan muda yang dipanggil ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk kem latihan kali ini mampu membentuk pasukan mantap untuk melangkah jauh pada saingan tersebut.