Beberapa aktivis warisan di Pulau Pinang menyeru agar kerajaan negeri memperluaskan skop pemuliharaan tapak warisan ke seluruh kawasan di negeri itu, dan tidak hanya tertumpu di kawasan George Town sahaja.
Menurut mereka, pembangunan warisan yang sebelum ini hanya tertumpu di kawasan George Town perlu diperluaskan termasuk di Seberang Perai mengikut sejarah di kawasan masing-masing.
Aktivis warisan, Salleh Yahya berkata, tumpuan pembangunan warisan juga harus diberikan di tapak penempatan penduduk asal, kolonial dan imigran sebagai usaha mengekalkan warisan di negeri itu.
“Dalam George Town, terdapat tapak, rumah bersejarah dan institusi warisan Melayu. Contohnya rumah penulis terkenal Ahmad Rashid Palu di Lorong Lumut; kediaman dan pusat aktiviti reformis terkenal, Syed Sheikh Al Hady di Jalan Jelutong dan Masjid Jelutong yang diasaskan oleh Datuk Nakhoda Kecil," katanya.
Salleh juga menyebut tentang Masjid Melayu, Masjid Lama Kelawei, Kampung Palembang, Kampung Warisan Batu Uban dan Tanjong Tokong. Tempat- tempat itu menurutnya, perlu dijadikan tapak warisan di dalam dan luar George Town sebagai warisan kebanggaan penduduk asal Malaysia, warisan Nusantara dan dunia.
Katanya, saranan itu dibuat bersempena dengan sambutan Hari Warisan Pulau Pinang hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri seharusnya bersikap lebih peka dengan warisan asal penduduk yang bertapak di negeri ini.
Mengambil contoh pembukaan Pulau Pinang, Salleh berkata, sejarahnya perlu dilihat dari versi Malaysia selepas merdeka dan bukannya mengikut acuan sejarah kedatangan penjajah.
"Sejarah awal pembukaan Pulau Pinang wajib diluruskan, diletak di atas landasan yang benar dan sah mengikut versi Malaysia, bukan mengikut rekayasa penjajah.
"Pulau Pinang telah pun dibuka dan diduduki di segenap bahagian pulau sebelum ketibaan Kapten Francis Light yang kemudian diisytiharkan sebagai pembuka Pulau Pinang. Light sebenarnya tidak berhak isytiharkan pembukaannya kerana Pulau Pinang milik Kesultanan Kedah," jelas Salleh dalam sidang media di Fort Cornwallis di sini, Isnin.
Katanya, perkara itu dapat dibuktikan dengan sejarah pembukaan Batu Uban oleh Datuk Nakhoda Nan Intan pada tahun 1786 dan beberapa kawasan pantai yang sudah mempunyai penduduk sebelum kedatangan kuasa Barat.
Malah katanya, bandar George Town yang dibuka sejak 11 Ogos 1786 serta dinamakan sebagai Tanjong Penaga wajar dikembalikan penggunaan nama asalnya.
Salleh berpendapat, sambutan Hari Warisan Pulau Pinang yang sudah disambut sejak beberapa tahun lalu tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya warisan asal ini tidak dapat dikekalkan.
Astro Awani
Tue Jul 07 2015
Sejarah Pulau Pinang perlu dilihat dari versi Malaysia selepas merdeka dan bukannya mengikut acuan sejarah kedatangan penjajah. - Foto AFP
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
'Francis Light tak berhak isytihar pembukaan Pulau Pinang' - Aktivis
Pembangunan warisan yang sebelum ini hanya tertumpu di kawasan George Town perlu diperluaskan termasuk di Seberang Perai, mengikut sejarah di kawasan masing-masing.