KUALA LUMPUR: Kesusahan kehidupan seorang pemuda, Salman Abdullah, 23, yang juga dikenali sebagai 'frog man' mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Mohd Na'im berkata, beliau bersama pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkesempatan menziarahi keluarga pemuda terbabit di Menara Putra, Chow Kit dan turut menyampaikan sumbangan.
MAIWP sebelum ini jelas beliau, pernah menemui bapa pemuda terbabit, Johari Md Salleh, 52, serta menyampaikan bantuan selain meminta supaya menyediakan dokumen yang diperlukan bagi menerima bantuan bulanan.
"Salman dan bapanya, ibu (Saniah Taib, 52) dan kakaknya (Siti Norashikin, 24) pernah disantuni MAIWP sebanyak lima kali sebelum saya datang ziarah pada kali ini dan MAIWP telah menghulurkan bantuan kepada mereka.
"Cuma dalam setiap pertemuan dengan bapa Salman dan ibunya ada perkara yang diperlukan iaitu berkaitan dengan dokumen supaya mereka boleh didaftarkan sebagai asnaf serta mendapat bantuan tetap daripada MAIWP," katanya selepas menziarani Salman dan keluarganya, di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau telah memujuk Salman dan keluarganya supaya menyediakan dokumen diperlukan bagi memudahkan pihak MAIWP memproses maklumat seterusnya menyalurkan bantuan.
Antara bantuan yang ditawarkan MAIWP kepada keluarga Salman merangkumi bantuan kewangan bulanan, sewa rumah serta bantuan perubatan termasuk susu dan lampin diperlukan oleh kakaknya.
Sebelum ini, Salman rela berpanas dengan memakai kostum katak berwarna merah jambu demi mencari rezeki serta perbelanjaan untuk menampung keperluan kakaknya yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Hampir setiap hari, Salman bersama keluarganya akan menolak troli membawa kostum haiwan itu menuju ke sebuah pusat membeli belah di ibu negara.
Sebaik tiba di lokasi, Salman yang sempat bersekolah setakat Tahun Empat itu akan memperagakan kostum berkenaan untuk menghiburkan orang ramai yang kemudiannya memberi sumbangan kepadanya seikhlas mungkin.
Sementara itu, Salman ketika ditemui tetap bersyukur kerana rezeki halal diterima hasil menjadi 'frog man', dia dapat menampung keperluan keluarga termasuk perbelanjaan penjagaan kakanya itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 10 2024

Mohd Na'im (dua dari kiri) bertanyakan keadaan Siti Norashikin yang terlantar ketika menziarahi kediaman mereka di Menara Putra pada Khamis. - Foto Sinar Harian

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

'Frog man' dapat perhatian MAIWP
Antara bantuan yang ditawarkan MAIWP kepada keluarga Salman merangkumi bantuan kewangan bulanan, sewa rumah serta bantuan perubatan.