KOTA KINABALU: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia membimbing usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang industri makanan halal.
Dekan FSMP, Prof. Madya Dr. Patricia Matanjun berkata, segala latihan dan bimbingan itu disediakan melalui sebuah unit yang dikenali sebagai Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan.
"Dengan visi untuk mempromosikan keselamatan dan kualiti makanan melalui penyelidikan dan perkhidmatan, unit ini menawarkan pelbagai latihan, kursus, serta khidmat rundingan kepada pelbagai pihak termasuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam industri halal.
"Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sesungguhnya mempunyai potensi besar sebagai peneraju hab halal dunia yang menyaksikan sebanyak RM31 bilion eksport halal negara telah direkodkan pada tahun 2020.
"Unit ini yang beroperasi sejak 28 Mei 2013 sekali gus dilihat seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu mengangkat industri halal sebagai industri strategik untuk menjayakan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut Patricia, latihan serta khidmat rundingan di Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan telah disesuaikan dengan keadaan pekerjaan dan budaya sesebuah organisasi.
"Antara kursus latihan halal yang ditawarkan ialah kursus Kesedaran Halal kepada Industri Halal, Amalan Baik bagi Industri Halal, dan Sistem Pengurusan Jaminan Halal.
"Kursus lain adalah tentang Audit Halal Dalaman, Latihan Eksekutif Halal dan Program Auditor Halal Global yang Diperakui.
"Kesemua kursus dikendalikan pakar-pakar Teknologi Makanan, Sains Makanan dan Pemakanan UMS untuk memastikan usahawan atau individu mempunyai pengetahuan mendalam terhadap pengurusan keselamatan serta kualiti makanan seterusnya memahami konsep makanan halal," katanya.
Ujar Patricia, unit tersebut yang buat masa ini dikendalikan Timbalan Ketua Unit, Ts. Dr. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor turut menyediakan Perkhidmatan Makmal Analisis Makanan bagi tujuan menganalisis makanan halal.
"Makmal ini mempunyai keupayaan untuk membuat Analisis DNA babi (porcine) dalam produk makanan (ISO 17025:2017) serta lain-lain analisis makanan berdasarkan permintaan.
"Bagi yang memerlukan khidmat rundingan halal, kita di Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan ini sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik.
"Kita ada menawarkan khidmat rundingan untuk Permohonan Pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pembangunan Sistem Jaminan Halal dan khidmat Audit Halal Dalaman," tambah Patricia.
Dalam pada itu, Patricia juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa latihan lain turut ditawarkan oleh unit tersebut.
“Antaranya Kursus Latihan Pengendali Makanan (SLPM), Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP), Kursus Makanan Pendek, serta Keselamatan dan Kebersihan Makanan.
“Kita juga menawarkan khidmat rundingan Konsep Produk Baharu, Pembangunan Produk Makanan, Penambahbaikan Nutrisi Makanan, Teknologi daripada konsep produk kepada konsep rintis, selain khidmat rundingan untuk Pensijilan MeSTI dan Pensijilan BeSS.
“Penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan merangkumi kebolehlaksanaan penyelidikan, kajian penilaian/pentaksiran impak, carian fakta dan kaji selidik, pemantauan dan penilain, serta pembangunan produk,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Patricia mengajak orang ramai untuk mengikuti perkembangan semasa unit tersebut dengan menekan sukaan pada laman facebook Food Safety and Quality Unit UMS.
Astro Awani
Tue Jul 06 2021

Patricia mengajak orang ramai untuk mengikuti perkembangan semasa unit tersebut dengan menekan sukaan pada laman facebook Food Safety and Quality Unit UMS.

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

FSMP UMS tawar kursus industri makanan halal
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia membimbing usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang industri makanan halal.