awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry ucap takziah atas pemergian penjaga gol legenda Pulau Pinang Firos Mohamed

Bernama
Bernama
06/07/2025
03:00 MYT
Zambry ucap takziah atas pemergian penjaga gol legenda Pulau Pinang Firos Mohamed
Zambry sempat hadir ke hospital selepas dimaklumkan mengenai berita duka itu, dan berkesempatan menemui keluarga Allahyarham. - Foto Facebook/Zambry Abd Kadir
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham penjaga gol legenda Pulau Pinang Firos Mohamed yang meninggal dunia ketika beraksi dalam perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru 'Legend All Star' di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.
Zambry menerusi hantaran di Facebook pagi ini turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham, dan menyifatkan kehilangan Firos, sebagai satu kehilangan besar buat komuniti bola sepak negara.
"Saya telah mengarahkan agar segala bentuk bantuan yang diperlukan disalurkan kepada keluarga Allahyarham, termasuk urusan penghantaran jenazah dan pengebumian agar semuanya dipermudahkan.
"Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Firos Mohamed. Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini," katanya.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Menurut Zambry, beliau sendiri sempat hadir ke hospital selepas dimaklumkan mengenai berita duka itu, dan berkesempatan menemui keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan moral.
Firos, 53 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan rebah ketika menyertai perlawanan tersebut malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Firos Mohamed
#Zambry Abdul Kadir
#takziah
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan