awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaduh di kuil, polis reman tiga lelaki bantu siasatan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/09/2023
22:45 MYT
Gaduh di kuil, polis reman tiga lelaki bantu siasatan
Tangkap layar video tular pergaduhan di hadapan sebuah kuil di Alma, Bukit Mertajam, ketika orang ramai sedang melakukan upacara keagamaan pada Ahad lalu.
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan tiga lelaki susulan insiden pergaduhan di hadapan sebuah kuil di Alma, di sini, ketika orang ramai sedang melakukan upacara keagamaan pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, ketiga-tiga mereka masing-masing berusia 21 hingga 25 tahun ditahan polis yang melakukan tugas menjaga keamanan di kawasan kuil berkenaan.
Menurut Cheng San, sekumpulan lelaki ini telah bergaduh antara satu sama lain dengan memukul menggunakan tangan dan kerusi pada jam 12.05 tengah malam.
“Pada ketika itu, terdapat orang ramai yang berada di kuil terbabit bagi melakukan upacara keagamaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Isnin.
Jelasnya, dua video berdurasi 14 dan 27 saat dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter telah tular sekitar jam 10.15 pagi Isnin.
Cheng San berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan direman selama empat hari hingga Rabu ini.
Katanya, setakat ini, punca pergaduhan itu masih dalam siasatan pihak polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#gaduh
#kuil
#Tan Cheng San
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan