awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaduh tepi jalan kerana teman wanita, tiga lelaki termasuk warga emas ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/10/2025
10:57 MYT
Gaduh tepi jalan kerana teman wanita, tiga lelaki termasuk warga emas ditahan
Mohd Iqbal berkata polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 3.51 petang, pada Khamis. - Tangkap layar video tular
SHAH ALAM: Dipercayai, gara-gara cemburu apabila teman wanita keluar dengan seorang pemuda lebih muda, empat lelaki termasuk seorang warga emas bergaduh di tepi jalan di Bandar Setia Alam, di sini pada Khamis lalu.

Ringkasan AI
  • Empat lelaki termasuk seorang warga emas bergaduh di tepi jalan di Bandar Setia Alam dipercayai akibat cemburu dan perebutan teman wanita; insiden dirakam dan tular di media sosial.
  • Polis menahan tiga suspek berusia 69, 44 dan 22 tahun serta merampas sebatang kayu dipercayai digunakan dalam pergaduhan; seorang lagi suspek masih diburu.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana rusuhan bersenjata, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda; orang ramai diminta tampil beri maklumat.

Insiden yang berlaku di Jalan Setia Y U13/Y itu turut dirakam orang awam sebelum video pergaduhan berkenaan tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 3.51 petang, pada hari yang sama.
"Siasatan mendapati pergaduhan itu melibatkan empat lelaki dan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat perebutan teman wanita,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.
Bertindak atas maklumat, Mohd Iqbal memberitahu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan dua lelaki berumur 69 dan 44 tahun di perkarangan IPD Shah Alam pada pukul 10 malam.
"Dengan dipandu arah kedua-dua suspek, polis merampas sebarang kayu berukuran kira-kira 91 sentimeter di tepi Jalan Setia Alam U13/Y, yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.
"Kita juga menahan seorang lagi suspek berumur 22 tahun di Lebuh Dato Tahir, Taman Kapar, pada malam sama, manakala seorang lagi suspek masih diburu bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana sengaja melakukan rusuhan menggunakan senjata, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Mohd Iqbal turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohamad Hanafi Abdul Ghani di talian 010-3728932 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#cemburu
#Bandar Setia Alam
#video tular
#bergaduh tepi jalan
#polis shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan