awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal dapat keputusan PT3 terbaik, bukan penghalang capai cita-cita

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2018
22:34 MYT
Gagal dapat keputusan PT3 terbaik, bukan penghalang capai cita-cita
Nur Asyikin tidak mudah patah semangat. - Astro AWANI
Tidak mendapat keputusan seperti diharapkan dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak mematahkan semangat pelajar dari Pulau Pinang, untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang doktor.
Nur Asyikin Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St George, Pulau Pinang, berkata, biarpun agak kecewa dengan keputusan, namun dia tetap redha dan percaya pada rezeki Tuhan.
“Saya tak jangka dapat 5A, saya sasarkan dapat 7A, tapi saya dapat 5A. Kecewa jugalah, saya jangka BM (Bahasa Malaysia) dapat A tapi tengok dapat B.
“Nak buat macam mana, jadi rezeki takat itu saja, jadi terima dengan redha sahajalah dengan Allah SWT,” katanya ketika ditemui, pada Khamis.
Bagi Tara Mar Ehwen, bidang sains komputer yang menjanjikan peluang pekerjaan lebih cerah mendorongnya untuk mengambil jurusan itu selepas berjaya memperolehi 9A dalam PT3.
Bagi Nur Asyikin, keputusan 5A, 2B, 2C dan 1D yang diperolehinya dijadikan pembakar semangat untuk dia terus berusaha lebih keras bagi mencapai cita-citanya.
Nur Asykin merupakan antara 205 pelajar yang menduduki peperiksaan PT3 di sekolah tersebut tahun ini.
Berkongsi kejayaan, Noor Afiqah Zafirah Zakkariyah pula menyifatkan penat lelahnya selama ini berbaloi selepas menerima keputusan.
“Hari ni memang sangat gembira dapat keputusan, rasa bersyukur sangat semua kerja keras salami ini berhasil.
“Terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan semua, serta cikgu sebab tolong mendoakan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Doktor
#Noor Afiqah Zafirah Zakkariyah
#Nur Asyikin Abdullah
#Pentaksiran Tingkatan Tiga
#PT3
#St George
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan