awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal dikesan, polis senarai hitam tertuduh kes rogol - Anbalagan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/08/2023
06:17 MYT
Gagal dikesan, polis senarai hitam tertuduh kes rogol - Anbalagan
Polis sedang menjejaki seorang tertuduh kes rogol setelah gagal menghadirkan diri ke mahkamah. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis telah menyenaraihitamkan seorang tertuduh kes rogol selepas lelaki itu gagal dikesan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan kes itu, dua bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, polis juga telah menjalankan pemeriksaan di tempat tinggal orang kena tuduh (OKT) itu namun dia tidak lagi tinggal di alamat berkenaan.
Justeru katanya, polis meneruskan usaha mengesan teruduh, Mohd Mazlan Sharfudeen, 31.
"Kita sudah memeriksa semua alamat berkaitan OKT namun masih gagal. Jadi polis sudah menyenaraihitamkan dia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Sebelum ini polis memaklumkan lelaki itu beralamat terakhir di Bandar Puchong Jaya, Selangor.
Lelaki itu dituduh di mahkamah pada 17 April lalu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan kemudian mahkamah membenarkannya diikat jamin.
Sebutan semula kes dijadualkan pada 15 Jun, namun OKT gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah.
Susulan itu, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap OKT.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nursabrina Ahmad Jafri di talian 012-6348487 atau 03-80742222.
Topic Berkaitan
#Orang kena tuduh
#seksyen 377 kanun keseksaan
#suspek dicari polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan