awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GAGASAN desak KPM ambil tindakan terhadap isu rosak imej perguruan

Bernama
Bernama
26/01/2014
23:47 MYT
GAGASAN desak KPM ambil tindakan terhadap isu rosak imej perguruan
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan terhadap pelaku dalam dua isu yang merosakkan imej profesional perguruan negara.
Setiausaha Agungnya Syed Anuar Syed Mohamad berkata ketika KPM serius melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), isu guru dipaksa membuka tudung ketika mengajar dan murid digantung loceng serta dipaksa makan rumput dengan gelaran lembu, jelas bercanggah dengan dasar murni berkenaan.
"Ironinya kedua-dua terjadi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu SJKC Khai Meng, Perak, dan SJKC Nan Ya, Teluk Senang di Johor yang berakhir dengan permohonan maaf yang pada pandangan Gagasan lebih kepada takut dikenakan tindakan lanjut," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.
Sambil melahirkan rasa kesal dan marah terhadap insiden itu, Syed Anuar berkata Gagasan mendesak KPM mengambil tindakan tatatertib dan disiplin terhadap kedua-dua pelaku kes berkenaan kerana Gagasan berpendirian, walaupun permohonan maaf dikemukakan, ia tidak bermakna tindakan tatatertib dan disiplin tidak perlu diambil.
Katanya tindakan itu sebagai pengajaran dan ingatan agar ia tidak berulang di samping mengelak wujudnya budaya meminta maaf setelah kesalahan dilakukan dengan sengaja.
Beliau berkata dalam kes murid terbabit, Gagasan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang yang menganggap kes itu selesai setelah guru terbabit memohon maaf hanya dengan mengarahkan guru besar SJKC Khai Meng mengeluarkan surat amaran kepada guru terbabit.
"Gagasan bertegas bahawa permohonan maaf tidak memadai kerana ia melibatkan maruah dan ia telah meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap murid terlibat, " katanya.
Syed Anuar berkata Gagasan juga mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan di bawah undang-undang berkaitan penderaan kanak-kanak terhadap guru terbabit. "Sepatutnya sebagai seorang guru yang diamanahkan mendidik, seharusnya tindakan yang lebih rasional diambil berdasarkan kesalahan yang dilakukan, bukannya secara emosional," katanya.
Topic Berkaitan
#SJKC Khai Meng
#SJKC Nan Ya
#Syed Anuar Syed Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan