awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah liar lapar ceroboh rumah kampung

Aida Aziz
Aida Aziz
27/12/2019
10:06 MYT
Gajah liar lapar ceroboh rumah kampung
Kejadian tersebut tidak membabitkan mangsa memandangkan rumah berkenaan tidak berpenghuni. - PDRM
Seekor gajah liar bertindak menyerang sebuah rumah sehingga mengakibatkan rosak teruk di Kampung Talong Luat di sini pada pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 5 pagi mengenai kejadian tersebut.
Beliau berkata bagaimanapun kejadian tersebut tidak membabitkan mangsa memandangkan rumah berkenaan tidak berpenghuni.
Berdasarkan maklumat daripada jiran terdekat, pemilik rumah tersebut, Azaruddin Md Tarmizi berada di Kuala Lumpur dan hanya pulang sebulan sekali ke rumah berkenaan, katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya turut menerima laporan mengenai serangan gajah tersebut.
Katanya, pegawai Perhilitan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan seterusnya memastikan keselamatan penduduk di sekitar kawasan itu terjamin.
Pihaknya percaya serangan tersebut membabitkan sekumpulan lima hingga enam ekor gajah yang sebelum ini dilaporkan merosakkan kebun milik penduduk kampung berkenaan.
Katanya lagi, tindakan gajah-gajah ini dipercayai untuk mencari makanan di rumah tersebut.
Beliau berkata, dalam masa tiga hari, pihaknya akan cuba menangkap gajah-gajah tersebut untuk dipindahkan ke lokasi lain
Topic Berkaitan
#ceroboh kampung
#gajah liar
#Gerik
#haiwan liar
#hidupan liar
#PDRM
#Perhilitan
#polis
#rumah kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan