awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji 25 warga asing tanpa kebenaran, dua bot tunda ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/01/2024
03:50 MYT
Gaji 25 warga asing tanpa kebenaran, dua bot tunda ditahan
Sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama 20 nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak kerana pelbagai kesalahan di kedudukan kira-kira 4.25 batu nautika barat laut Pulau Dua, pada Jumaat.
LUMUT: Sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama 20 nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak kerana pelbagai kesalahan di kedudukan kira-kira 4.25 batu nautika barat laut Pulau Dua, pada Jumaat.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi KM Tagau.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan dan mendapati ia dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama 20 kru warga Thailand dan Kemboja berumur dalam lingkungan 30 hingga 52 tahun.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, lesen bot telah tamat tempoh, tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, tiada surat kelulusan penggunaan peralatan komunikasi dan kru tidak mempunyai dokuman pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana lesen bot telah tamat tempoh dan melanggar syarat lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran.
Kes turut disasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak mempunyai kelulusan penggunaaan radar dan peranti selain Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakukan.
Menurutnya, kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas dan seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#warga asing
#bot tunda ditahan
#Maritim Malaysia
#Pulau Dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan