NATIONAL
Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia

Kishera dalam program Dialog Anak Muda berkata graduan perlu proaktif mempersiapkan diri sebelum melangkah ke dalam dunia pekerjaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.
Ringkasan AI
- Graduan Perlu Menonjolkan Nilai Tambah: Graduan disarankan untuk membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada majikan, bukan hanya bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata.Majikan Lebih Utamakan Pengalaman dan Prestasi: Majikan kini lebih menilai pengalaman kerja dan prestasi semasa temu duga. Pengetahuan dari universiti kadangkala tidak relevan dengan keperluan industri semasa.Isu Gaji Graduan dan Realiti Ekonomi: Terdapat perdebatan mengenai kadar gaji permulaan yang ideal. Walaupun ada pandangan bahawa gaji sepatutnya lebih tinggi sejajar dengan kos sara hidup, majikan terutama dalam sektor PKS berpendapat kadar tersebut tidak realistik dalam keadaan ekonomi semasa.
“Graduan perlu menonjolkan diri mereka. Contohnya, seorang graduan dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 tanpa pengalaman kerja, berbanding seorang lagi graduan dengan PNGK 3.5 dengan pengalaman.
“Sudah pasti syarikat akan ambil graduan dengan pengalaman sebagai pekerja, sebab syarikat mahu seseorang yang boleh buat kerja dengan sempurna.
“Pada masa sama, graduan bukan semata-mata menyalahkan kerajaan dan syarikat-syarikat. Graduan perlu tunjukkan minat dan kesungguhan untuk dapatkan pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Gaji Graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Professional Putrajaya (KOPROJAYA), Ahmad Naqiuddin Mohamad bersetuju dengan kenyataan Kishera, dan menambah graduan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pengetahuan yang diajar di institut pengajian semata-mata."Cara saya menjalankan temuduga, saya tidak langsung tidak pernah lihat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Saya hanya lihat pengalaman dan prestasi calon semasa sesi temuduga. Bagaimana calon jawab soalan?
“Pengetahuan yang dipelajari di universiti tidak berguna dan kadang-kadang sudah tidak terpakai dalam industri. Saya tidak lihat apa yang calon belajar, sebaliknya saya lihat sama ada calon pernah lakukan kerja-kerja kewangan dan sebagainya,” ujarnya.
Pada 4 Mei lalu, Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, menyatakan bahawa gaji sebenar di Malaysia telah merosot tiga kali ganda berbanding empat dekad lalu.
Menurutnya, gaji graduan masa kini tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup, dengan gaji permulaan sepatutnya berada pada paras RM7,000 hingga RM8,000 tetapi realitinya hanya sekitar RM2,000 hingga RM3,000.
Kenyataan tersebut disambut dengan pelbagai reaksi termasuk kenyataan Penganalisis ekonomi daripada UniKL Business School, Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid yang selari dengan kenyataan Muhammad.
Pada hari yang sama, beliau dilaporkan berkata, kadar gaji ideal dan bermaruah bagi kategori bujang mahupun keluarga yang memiliki dua anak sepatutnya berada dalam lingkungan RM5,000 ke atas, namun bergantung kepada lokasi sama ada menetap di bandar atau luar bandar.
Namun, pada 6 Mei, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menyangkal cadangan berkenaan dengan alasan penetapan kadar gaji tersebut tidak realistik dengan konteks ekonomi semasa.
Katanya, ia kerana kebanyakan majikan terutamanya sektor mikro, kecil dan sederhana (PKMS) masih bergelut untuk menstabilkan kewangan syarikat selepas pandemik COVID-19 melanda.
Dialog Anak Muda: Gaji ‘fresh grad’ cukup-cukup makan ?
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami