awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis sempadan Thailand-Kemboja: Keadaan memang rumit, tidak mudah - Mohamed Khaled

Asyraf Malik
Asyraf Malik
20/11/2025
06:35 MYT
Krisis sempadan Thailand-Kemboja: Keadaan memang rumit, tidak mudah - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persiapan Operasi Murni ATM, di Wisma Pertahanan, di sini pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Keamanan antara Thailand dan Kemboja merupakan satu usaha berterusan yang memerlukan kerjasama semua pihak.

Ringkasan AI
  • Keamanan antara Thailand dan Kemboja merupakan fokus usaha berterusan yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak, akui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja menimbulkan kesukaran, menyebabkan gencatan senjata dilanggar. Malaysia berperanan sebagai fasilitator dan menghantar pasukan pemantau ASEAN Observer Team (AOT) untuk mengurangkan konflik.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Thailand dan Kemboja dalam mematuhi Perjanjian Damai Kuala Lumpur, selepas insiden letupan yang menyebabkan cedera anggota tentera Thailand.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui keadaan semasa rumit dan berdepan kesukaran susulan ketegangan di sempadan kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.
"Malaysia akan terus berusaha menjadi fasilitator. Panglima Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berhubung dengan tentera mereka (Thailand dan Kemboja) supaya menghormati gencatan senjata, agar dapat dikurangkan konflik dan sebagainya.
"Selain itu, penghantaran pasukan pemantau iaitu ASEAN Observer Team atau AOT sedang dilaksanakan," ujar Khaled ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persiapan Operasi Murni ATM, di Wisma Pertahanan, di sini pada Khamis.
Sebelum ini pada 10 November, Ketua Angkatan Tentera Thailand menggantung semua perjanjian damai dengan Kemboja berikutan insiden letupan periuk api berhampiran sempadan.
Empat anggota tentera Thailand yang sedang melakukan rondaan dilaporkan cedera dengan seorang kehilangan kaki kanannya.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjernihkan keadaan dengan menyatakan Thailand dan Kemboja komited memastikan pelaksanaan penuh Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Komitmen kedua-dua negara itu dicapai menerusi perbualan telefon empat pemimpin antara Anwar dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul.
Untuk rekod, Perjanjian Damai Kuala Lumpur dimeterai ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir Oktober lalu dengan pemantauan Trump bertujuan menamatkan krisis berterusan di sempadan Thailand-Kemboja sejak Julai 2025.


Topic Berkaitan
#krisis sempadan
#Thailand
#Kemboja
#Donald Trump
#Perjanjian Damai Kuala Lumpur
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Mohamed Khaled Nordin
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan