awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji MB, Exco Kedah dipotong 10 peratus

Bernama
Bernama
30/05/2018
23:08 MYT
Gaji MB, Exco Kedah dipotong 10 peratus
MUKHRIZ: Ia (potongan gaji) sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan dan prihatin terhadap masalah kewangan negeri. - BERNAMA/Fail
Kerajaan Kedah bawah Pakatan Harapan (PH) memutuskan gaji asas Menteri Besar dan kesemua 10 anggota Exco akan dipotong 10 peratus, berkuat kuasa bulan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Exco yang diadakan di Wisma Darulaman di sini semalam.
"Ia sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan dan prihatin terhadap masalah kewangan negeri.
"Sesungguhnya, pimpinan kerajaan negeri bersama-sama dengan rakyat yang ketika ini menanggung pelbagai bebanan dan tanggungan kewangan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Mukhriz berkata, keputusan sebulat suara itu juga selari dengan ketetapan dibuat kerajaan Persekutuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gaji asas Jemaah Menteri dipotong 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta. -- Bernama
Topic Berkaitan
#exco Kedah
#Kedah
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#potong gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan