KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan meluahkan rasa kecewa terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan surat yang dikeluarkan Presiden Muda itu untuk merujuknya ke Jawatankuasa Parlimen bagi tindakan tatatertib mengenai isu pelaksanaan gaji minimum.
Menurutnya, surat terbabit telah tular di laman sosial, meskipun beliau telah memberi jaminan bahawa kerajaan akan melaksanakan gaji minimum dengan kadar RM1,500 dalam masa terdekat di Dewan Rakyat semalam.
"Saya rasa amat dukacita surat ini merujukkan saya kepada tindakan tatatertib Jawatankuasa Parlimen menurut Peraturan Dewan 36 (12) kerana mengelirukan dewan.
"Saya lihat surat ini berbunyi seperti berikut, pada awal Februari lepas Ahli Parlimen Tapah telah menyatakan bahawa pelaksanaan gaji minimum dengan kadar sebanyak RM1,500 akan dilaksanakan hujung tahun 2022.
"Walau bagaimanapun pada 14 Mac 2022, Ahli Parlimen Tapah telah menyatakan sebaliknya bahawa pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 tidak akan dilaksanakan pada hujung tahun 2022 atas sebab pelaksanaan tersebut perlu dikaji semula dengan keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan," jelasnya ketika membacakan surat berkenaan.
Tambah Saravanan, tindakan Syed Saddiq itu disifatkan sebagai tidak matang, malah mengelirukan rakyat.
"Saya amat dukacita melihat seorang pemimpin muda yang tidak sedar diri ingin mendorong golongan belia. Saya anggap ini tidak sedar diri, pertama, beliau (Syed Saddiq) tidak ada di Dewan Rakyat semalam.
"Mungkin selepas menang satu kerusi di DUN Johor dia letih sangat. Orang menang 40 kerusi pun masuk Parlimen," jelasnya lagi dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ujar Saravanan lagi, beliau tidak mengharapkan Ahli Parlimen Muar itu untuk memohon maaf kepadanya, sebaliknya perlu berbuat demikian kepada rakyat atas kenyataan yang mengelirukan itu.
"Kedua, saya lihat ini satu perbuatan tidak berasas dan mencari publisiti murahan oleh seorang pemimpin Muda. Kebetulan apa yang disebut YB Syed Saddiq, atau saya lihat pendekatan beliau, lebih baik saya panggil dia adik lah daripada YB.
"Saya terpaksa keluar menjawab sebab surat ini tular di media sosial. Ini bukan seorang pemimpin MUDA -menunjukkan kepimpinan kepada anak muda tanpa menyedari satu Malaysia tahu (berkenaan isu itu).
"Hampir semua media semalam keluarkan (laporan) Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan gaji minimum. Hanya seorang ini sahaja, mungkin dia belum bangun tidur selepas PRN kot," ujarnya lagi.
Jelas Ahli Parlimen Tapah itu, apa yang dinyatakan beliau semalam ketika menjawab pertanyaan beberapa Ahli Parlimen, bahawa kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakan inisiatif itu.
Ketika ini jelasnya, kerajaan sedang mengkaji sektor yang perlu diberikan kelonggaran susulan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Tambahnya, ia satu prosedur biasa yang dijalankan sebelum ini pada tahun 2012 apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum ketika itu.
"Kalau saya berada di tempat dia, bukan saya akan minta maaf kepada Menteri, tetapi saya akan minta maaf dengan rakyat sebab mengelirukan rakyat.
"Sebab gaji minimum ini sangat dekat di hati kita. Kita kerajaan prihatin sebab itu saya gunakan bahasa yang betul di Dewan Rakyat semalam.
"Saya kata kita mengamalkan gaji minimum bukan atas desakan mana-mana pihak. Ini keprihatinan kerajaan, saya telah jelaskan perkara ini. Satu dunia sudah jelas, kecuali Syed Saddiq.
"Saya bukan berharap dia minta maaf, terpulang kepada dia dan kematangan politiknya," ujar Saravanan lagi.
Semalam, Saravanan memberi jaminan bahawa kerajaan akan melaksanakan gaji minimum dengan kadar RM1,500 dalam masa terdekat.
Bagaimanapun ketika ini kajian masih dijalankan bagi memastikan tiada majikan yang mengambil kesempatan untuk memberhentikan tenaga kerja sekali gus meningkatkan kadar pengangguran di negara ini.
Fareez Azman
Tue Mar 15 2022

Tambah Saravanan, tindakan Syed Saddiq itu disifatkan sebagai tidak matang, malah mengelirukan rakyat. - Jabatan Penerangan Malaysia

Lelaki cuba terjun Jambatan Sultan Mahmud positif dadah
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Lelaki kelar isteri, bayi sampai mati direman tujuh hari
Suspek yang berusia 25 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat dari anggota polis.

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Pemilihan 25 syarikat Bangladesh untuk elak monopoli - Saravanan
Kelulusan yang diberikan Kementerian Sumber Manusia kepada 25 syarikat untuk mengambil pekerja dari Bangladesh dibuat bagi mengelakkan amalan monopoli.

'Halalkan' pendatang tanpa izin sebagai tenaga kerja boleh bawa kesan buruk - Saravanan
Idea untuk menghalalkan pendatang tanpa izin sebagai tenaga kerja boleh membawa kesan yang tidak diingini kepada tenaga kerja negara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Proses ambil pekerja asing dari tiga negara selesai dalam masa terdekat - Saravanan
Kementerian Sumber Manusia kini dalam proses akhir muktamadkan prosedur pengambilan pekerja dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja.

Sifar kos: Kuota majikan yang potong gaji pekerja asing akan ditamatkan - Saravanan
Kerajaan akan menamatkan kuota majikan yang memotong gaji pekerja asingnya bagi menampung kos membawa masuk mereka ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

PDI dari Indonesia tidak tiba, PAPSMA cadang kerajaan cari alternatif dari negara lain
Kerajaan tidak boleh hanya melihat Indonesia sebagai sumber untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing dalam negara.

Tidak patut potong gaji pekerja bekerja dari rumah - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata perkara berkenaan turut tidak dibenarkan berdasarkan kepada dasar gaji negara.

Perintah gaji minimum RM1,500 telah diwartakan
Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan semalam.

ILO, Kedutaan AS diminta maklum siasatan berhubung buruh paksa kepada KSM
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, diminta memaklumkan sebarang siasatan berhubung buruh paksa kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM), bagi mencari ja

Kerajaan tetap teruskan pelaksanaan gaji minimum bulan depan - Saravanan
Kerajaan tetap akan meneruskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara walau apa juga keadaan, menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Perkeso sedia 400,000 peluang pekerjaan buat gelandangan - Saravanan
Peluang yang disediakan itu melibatkan bengkel latihan reskiling dan upskiling bagi gelandangan yang ingin mendapatkan pekerjaan baharu.