KUALA LUMPUR: Pekerja di Malaysia boleh mengharapkan kenaikan median lima peratus dalam gaji mereka tahun depan, meningkat daripada 4.8 peratus tahun ini, menurut laporan tahunan Total Remuneration Survey (TRS) 2022 oleh Mercer.
Firma pengurusan aset itu berkata kenaikan gaji itu akan kembali ke tahap prapandemik, seperti pada 2019.
"Kenaikan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan majikan tentang perniagaan mereka dan prospek pasaran secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan.
Mercer berkata kenaikan gaji median Malaysia juga melebihi kadar purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 4.4 peratus.
"Bagi seluruh Asia, keseluruhan kenaikan gaji median mencerminkan perbezaan dalam perkembangan gaji antara ekonomi membangun dan ekonomi maju, dengan anggaran setinggi 7.1 peratus di Vietnam kepada 2.2 peratus di Jepun, yang terendah di rantau ini," tambahnya.
Mercer berkata industri runcit dan barangan pengguna dijangka menyaksikan peningkatan terbesar dalam kenaikan gaji sebanyak 5 peratus pada 2023, masing-masing meningkat daripada 4.5 peratus dan 4.6 peratus, pada 2022.
Perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (SSO) dan industri berteknologi tinggi akan mengekalkan peningkatan gaji sebanyak lima peratus mulai tahun ini, yang menandakan kestabilan relatif kedua-dua industri itu di tengah-tengah tekanan inflasi dan isu rantaian bekalan, katanya.
"Pekerja, kecuali mereka yang daripada industri teknologi tinggi, juga boleh menjangkakan bonus yang lebih tinggi tahun ini, berdasarkan unjuran pertengahan 2022 Mercer.
"Industri peruncitan boleh menjangkakan lonjakan paling besar kepada 12.6 peratus, berbanding 8.1 peratus pada 2021, diikuti oleh industri barangan pengguna dengan peningkatan kepada 16 peratus, berbanding 13.7 peratus pada tahun sebelumnya.
"SSO diramalkan mendapat pembayaran tertinggi sebanyak 20.3 peratus, melebihi industri berteknologi tinggi iaitu 19.9 peratus, yang mencerminkan potensi pertumbuhannya di Malaysia yang membawa kepada persaingan yang lebih besar untuk bakat," kata Mercer.
Pendekatan pengambilan pekerja yang berhati-hati
Mengenai trend gaji industri, Ketua Perniagaan Karier Mercer untuk Malaysia Koay Gim Soon berkata unjuran kenaikan gaji dan pembayaran bonus yang lebih tinggi kepada sektor peruncitan dan barangan pengguna disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh dan pembukaan semula ekonomi.
"Bagaimanapun, majikan juga sentiasa berhati-hati dengan tekanan global, termasuk inflasi dan gangguan rantaian bekalan yang mungkin menjejaskan pertumbuhan pada tahun hadapan.
"Sehubungan itu, walaupun industri peruncitan dan barangan pengguna mencatatkan peningkatan tertinggi dari 2021 hingga 2022, namun ia kekal paling konservatif dalam ramalan pembayaran bonus mereka," katanya dalam kenyataan yang sama.
Kaji selidik mendapati walaupun jumlah kadar pengangguran tahun ini telah kembali ke tahap prapandemik, syarikat mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap hasrat untuk pengambilan pekerja mereka pada 2023.
Sebanyak 30 peratus daripada organisasi yang terlibat dalam kaji selidik itu memberitahu mereka merancang untuk meningkatkan bilangan pekerja pada 2023, turun daripada 39 peratus untuk tahun ini.
"Sebanyak satu peratus merancang untuk mengurangkan bilangan pekerja mereka tahun depan," katanya.
Mercer berkata kenaikan gaji minimum yang dilaksanakan pada Mei dijangka meningkatkan kesejahteraan kewangan pekerja yang berpendapatan rendah dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi.
Bagaimanapun, ia menambah kenaikan gaji juga boleh meningkatkan tekanan kepada perniagaan yang lebih berintensifkan buruh dan kekurangan sumber kewangan.
"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya mungkin bertindak balas dengan langkah penyesuaian kos seperti pengurangan margin dan meningkatkan produktiviti melalui automasi," katanya.
TRS membuat kaji selidik melibatkan sebanyak 637 organisasi - yang mana 98 peratus adalah syarikat multinasional (MNC) - merentasi 17 industri di Malaysia di antara April dan Jun tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022
Pekerja di Malaysia boleh mengharapkan kenaikan median lima peratus dalam gaji mereka tahun depan, meningkat daripada 4.8 peratus tahun ini. - Gambar fail/REUTERS
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Gaji pekerja Malaysia 2023 dijangka naik lima peratus - Mercer
Pekerja di Malaysia boleh mengharapkan kenaikan median lima peratus dalam gaji mereka tahun depan, meningkat daripada 4.8 peratus tahun ini.
81 peratus daripada pekerja di Malaysia ingin kembali ke pejabat - Savills
Pejabat fizikal kekal penting dalam pemulihan perniagaan dan memastikan dapat kembali kepada keadaan normal dengan cepat.