awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji penjawat awam: Kajian SSPA dijangka diumum suku keempat tahun ini - Anwar

Bernama
Bernama
09/02/2024
09:00 MYT
Gaji penjawat awam: Kajian SSPA dijangka diumum suku keempat tahun ini - Anwar
Anwar berkata, sudah tiba masanya proses tersebut dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada penjawat awam seluruh negara. - Gambar fail
MELAKA: Hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sudah tiba masanya proses tersebut dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada penjawat awam seluruh negara.
"Ada keluhan tentang (tempoh) kajian SSPA ini kerana sudah 12 tahun dan kadar upah penjawat awam tidak dikaji dan ditingkatkan.
"Tahun lalu saya bagi jaminan dan tahun ini sudah sampai tahap yang mana saya percepatkan proses itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertemuan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Perdana Menteri berkata proses itu akan dipercepatkan dalam beberapa bulan ini dan akan dipersembahkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh tiga bulan.
"Selepas itu kita boleh umumkan. Jadi ia (keputusan) pada suku ketiga atau selewat-lewatnya (suku) keempat tahun ini," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan laporan akhir kajian SSPA dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.
Anwar dilaporkan sebagai berkata perkara itu diputuskan berdasarkan persetujuan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaji penjawat awam
#SSPA
#Anwar Ibrahim
#2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan