KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium kepada graduan dalam bidang itu secara optimum.
Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P. Sri Ganes berkata, beliau mengalu-alukan cadangan kerajaan baru-baru ini untuk mengkaji penetapan gaji premium pada kadar RM4,000 ke atas sebagai usaha mengiktiraf mereka.
Namun, katanya, kerajaan perlu meneliti beberapa ketetapan sebelum membuat sebarang keputusan drastik.
"Kita kena meneliti perkara ini secara mendalam kerana terdapat baik buruknya dalam cadangan ini.
"Kebaikkannya adalah TVET yang sbelum ini dianggap sebagai pilihan kedua akan menjadi rebutan sebagai satu program atau laluan utama kepada golongan muda.
"Namun dari segi pelaksanaannya, langkah ini akan membebankan pemain industri, graduan dan juga institusi kerajaan.
"Ini kerana apabila industri ditetapkan untuk membayar gaji premium, maka harapan yang diletakkan majikan ke atas graduan adalah berdasarkan gaji yang dibayar.
"Jadi dalam konteks ini, peralatan di institusi-institusi latihan kerajaan perlu ditambahbaik dan penambahbaikan ini memerlukan kepakaran tenaga mahir," katanya.
.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani papan tanda dan penyerahan kenderaan EV oleh Autotronics Center of Excellence Sdn Bhd kepada ADTEC Melaka dan majlis penyerahan Malaysia Book of Records kepada Autotronic Center of Excellence Sdn Bhd sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) Pertama bagi kereta elektrik bateri (BEV) di Malaysia, pada Isnin.
Majlis yang disempurnakan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Shakib Ahmad Shakir dan Pengarah ADTEC Melaka, Norhuda Salim.
Autotronics Centre of Excellence juga mencatat sejarah baharu dalam bidang TVET apabila dianugerahkan sebagai Akademi TVET pertama di Melaka dengan persijilan EV dengan kerjasama ADTEC.
Pengiktirafan ini merupakan satu lagi pencapaian gemilang bagi SG Academy dalam bidang pendidikan vokasional.
Sehubungan itu, Sri Ganes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SG Education Group menjelaskan kerjasama awam swasta (PPP) penting dalam memastikan visi untuk mencapai gaji premium RM4,000 dapat dicapai dalam masa terdekat.
Ini kerana, katanya, tanpa sokongan dari industri, pelaksanaan TVET tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dengan impak yang tinggi.
Menurutnya, negara tidak mempunyai masa panjang untuk menghasilkan tenaga pakar.
Justeru, jelas beliau, kerajaan perlu mengambil tenaga sedia ada atau graduan TVET dalam pasaran ketika ini untuk meningkatkan kemahiran.
"Oleh itu, graduan sedia ada menjadi tonggak yang dapat membantu kerajaan membangunkan sumber tenaga manusia kepada industri," ujarnya.
Sri Ganes memberitahu, negara mungkin akan berdepan dengan dua cabaran utama untuk mencari bakat dalam sektor-sektor teknologi baharu.
"Sekiranya pelabur asing melabur di Malaysia, kita memerlukan bakat sedia ada yang bersesuaian dengan keperluan sektor berkaitan. Ini kerana kita tidak boleh mengambil masa panjang memandangkan mereka memerlukan 'readily available talents' untuk meningkatkan kemahiran.
"Jadi dalam konteks ini, kerjasama PPP penting kerana adalah sukar kedua-dua entiti ini bergerak secara 'standalone business.'
"Maka satu kerjasama perlu dengan pembiayaan dan kemahiran yang merangkumi pengurusan, penyengggaraan, infrastruktur, peralatan dan kemudahan yang diuruskan bersama sebagai satu pakej," jelasnya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai majlis tersebut, Sri Ganes berkata, pemilihan Autotronics X ADTEC adalah disebabkan lokasinya yang terletak di kawasan Taman Teknologi Jerman di Melaka.
Menurutnya, Taman Teknologi Jerman di Melaka diwujudkan untuk menarik pelaburan dari Jerman khususnya dalam bidang pengeluaran bateri.
"Jadi ini akan membawa kepada peningkatan permintaan terhadap tenaga buruh yang
berkelayakan dalam EV dan TVET.
"Dengan pelaburan yang dijangka masuk, kesediaan bakat tempatan yang mahir dalam bidang EV dan TVET menjadi semakin penting bagi Melaka untuk memanfaatkan peluang ekonomi yang berkaitan," ujarnya lagi.
Menurutnya, bagi memenuhi keperluan bakat dalam bidang EV, institutnya sedang mengembara ke seluruh Malaysia khususnya ke selatan untuk memenuhi keperluan bakat dalam bidang tersebut.
Pada majlis sama, Autotronic Center of Excellence Sdn Bhd turut menerima anugerah Malaysia Book Of Records apabila institut itu diiktiraf sebagai Pusat Latihan EV pertama di Malaysia.
Ini menandakan pengiktirafan rasmi bagi usaha mereka dalam menyokong perkembangan teknologi EV di Malaysia.
Pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records merupakan satu pencapaian yang besar bagi Autotronic Center of Excellence Sdn Bhd kerana ia menunjukkan pengiktirafan rasmi terhadap usaha mereka dalam menyokong perkembangan teknologi EV di Malaysia Ini menandakan bahawa SG Academy telah melakukan usaha yang ketara dalam membangunkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang kenderaan elektrik, menyumbang kepada pertumbuhan industri EV di Malaysia.
Pengiktirafan ini juga menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong transformasi industri kenderaan tempatan ke arah teknologi yang lebih lestari dan bersih.
Dengan mendapat pengiktirafan itu, SG Academy dapat terus memimpin dalam penyediaan latihan berkaitan EV, menjadikan mereka destinasi utama bagi individu yang berminat untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini.
"Ini memberi peluang kepada lebih ramai individu untuk melibatkan diri dalam sektor EV dan menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik di Malaysia," jelasnya.
Astro Awani
Tue Apr 23 2024
Sri Ganes berkata, kerajaan perlu meneliti beberapa ketetapan sebelum membuat memperkenalkan gaji premium kepada graduan TVET. - Foto SGC
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penubuhan JTDC jadikan Johor negeri pertama tawar gaji premium sehingga RM5,000 - TMJ
Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Gaji premium lepasan TVET ditetapkan hingga RM4,000 - Ahmad Zahid
Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
JPPKK komited tingkat peratus siswazah POLYCC peroleh gaji premium
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan peratus siswazah memperoleh gaji premium.
Kerjasama KPT, industri tingkat jumlah siswazah capai gaji premium
KPT yakin berada di landasan tepat dalam usaha menyasarkan peningkatan peratusan siswazah yang memperoleh gaji premium RM4,000 sebulan.
10 peratus graduan TVET universiti awam terima gaji RM4,000
Graduan lepasan universiti dengan gaji RM2,500 ke atas pula adalah seramai 38 peratus.