awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: 13 kawasan di Kuala Lumpur mula terima agihan bekalan

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2021
02:47 MYT
Gangguan air: 13 kawasan di Kuala Lumpur mula terima agihan bekalan
Kerja-kerja pembaikan telah siap sepenuhnya dan bekalan air mula diagihkan setelah pemeriksaan kualiti menepati piawaian KKM. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berdepan gangguan bekalan air mula menerima agihan bekalan sekitar jam 2 pagi pada Jumaat.
Gangguan bekalan air di lokasi-lokasi berkenaan adalah susulan kejadian paip pecah di Jalan Kuari Bukit A, di sini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan paip berkenaan telah siap sepenuhnya dan bekalan air mula diagihkan setelah pemeriksaan kualiti menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, sehingga jam 9 pagi ini, pemulihan bekalan air di semua kawasan terlibat berada pada tahap 54 peratus.
Air Selangor terus mengerakkan lori-lori tangki ke 13 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur akibat kejadian paip pecah di Jalan Kuari Bukit A, KL. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air.#AirSelangor pic.twitter.com/nmjCyRZt8A
— Air Selangor (@air_selangor) July 16, 2021
"Air Selangor akan memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi medium aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com," katanya.
Pada Khamis malam, Air Selangor memaklumkan 13 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bakal berdepan gangguan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah berkenaan.
Antara kawasan terlibat adalah Kampung Cheras Baru; Pandan Mewah; Taman Muda; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Pandan; Taman Mawar; Taman Seraya; Taman Mega; Taman Bukit Teratai; Taman Melur; Taman Saga; Taman Putra dan Taman Mestika.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan bekalan
#paip pecah
#Jalan Kuari Bukit A
#agihan bekalan
#Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan