awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air malam Krismas: Bacaan 0 TON tiga kali, bekalan air mula diagih secara berperingkat

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2022
02:30 MYT
Gangguan air malam Krismas: Bacaan 0 TON tiga kali, bekalan air mula diagih secara berperingkat
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi Sabtu berikutan henti tugas sementara di LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pagi ini, membolehkan ia mula beroperasi semula.
Menerusi notis jam 10 pagi ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, pengoperasian semula melibatkan proses pembersihan rawatan air yang dijangka mengambil masa kira-kira 12 jam.
Sejurus itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat akan mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat.
Semalam satu insiden pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir melibatkan henti tugas sementara di LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.
Susulan itu, sebanyak 85 lori tangki air digerakkan ke kawasan terlibat bagi memberi bantuan bekalan air kepada pengguna terjejas.
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut telah direkodkan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.#AirSelangor #2412SgSemenyih pic.twitter.com/8VXqBY7jKm
— Air Selangor (@air_selangor) December 25, 2022
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor dilaporkan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi semalam.
Lokasi yang terlibat ialah 172 kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).
LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas pada jam 2 pagi semalam manakala LRA Sungai Tampoi pada jam 6 pagi akibat tumpahan pati minyak wangi di Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.
BACA: 85 lori tangki air digerakkan bantu pengguna terjejas - Air Selangor
BACA: MB Selangor mohon maaf, gangguan air malam Krismas
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf susulan gangguan bekalan air tersebut, yang berlaku pada malam sebelum Krismas.
Katanya, perkara itu dikesali, biarpun kemalangan berlaku di luar negeri Selangor, namun memberi kesan kepada rakyat negeri itu.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#LRA Sungai Semenyih
#bekalan air
#pencemaran bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan