awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan Air: Operasi Perpustakaan Negara tutup hari ini

Bernama
Bernama
04/09/2020
20:00 MYT
Gangguan Air: Operasi Perpustakaan Negara tutup hari ini
Perpustakaan Negara akan menutup operasi ekoran gangguan air di sekitar Lembah Klang. - Gambar fail/BERNAMA
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menutup operasi perkhidmatannya hari ini berikutan masalah gangguan air di sekitar Lembah Klang ketika ini.
Ketua Pengarah PNM Maizan Ismail berkata gangguan bekalan air itu menjejaskan perkhidmatan perpustakaan dan kerja-kerja sanitasi.
"PNM akan beroperasi semula seperti biasa pada Selasa (8 Sept)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Waktu operasi PNM ialah Selasa hingga Ahad, namun sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), operasinya dihadkan Selasa hingga Sabtu.
Isu pencemaran bau sehingga menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang sejak pagi semalam menyebabkan 1.2 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak serta Kuala Langat mengalami gangguan.
Terdahulu hari ini, Air Selangor berkata bekalan air hanya akan mula pulih sekurang-kurangnya empat hari selepas bacaan tahap pencemaran bau itu pada sifar ton yang perlu direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut.
Setakat Jumaat, bacaan adalah pada satu ton berbanding tiga ton hari sebelumnya.
Topic Berkaitan
#gangguan air
#Hulu Selangor
#kerja sanitasi
#Maizan Ismail
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#perkhidmatan perpustakaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan