awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah

Bernama
Bernama
12/01/2024
15:36 MYT
Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah
Penduduk di sekitar kawasan Taman Lip Sin, Sungai Dua mendapatkan bekalan air dari sebuah lori yang disediakan di kawasan berkenaan. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kerajaan sedang meneliti keperluan menyalurkan bantuan dalam bentuk geran atau pinjaman kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata kerja penggantian injap yang melibatkan operasi penyelenggaraan di negeri itu perlu dilaksanakan bagi mengatasi kerugian akibat daripada air tidak terhasil (NRW) yang lebih teruk.
"Sebagaimana yang kita tahu di seluruh negara kita sudah banyak paip paip utama rosak dan bila kita naik taraf bekalan air, pam dan sebagainya paip lama mudah pecah.
Ini antara cabaran yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan bukan sahaja di Pulau Pinang termasuk di Sarawak dan negeri lain.. sebab itu tumpuan kita untuk mengurangkan air tidak terhasil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kempen e-Duit dan Tanpa Tunai Pasar Malam Metrocity di sini, malam ini.
Menurutnya, kementeriannya akan terus memantau serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan air negeri masing-masing bagi memastikan penambahbahbaikan sistem bekalan air dilaksanakan.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan, tahap kedua pemulihan bekalan air telah bermula dari 6 pagi tadi dengan pengepaman optimum air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau dan menyasarkan untuk memulihkan bekalan kepada 495,065 pengguna menjelang 6 pagi esok.
Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi pada Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.
Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan air
#pulau pinang
#Geran
#pinjaman
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan