MALAYSIA
Gangguan bekalan air: 1.2 juta akaun pengguna Kuala Lumpur, Selangor terjejas

Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka melibatkan 1,196,457 akaun pengguna di 1,292 kawasan.
KUALA LUMPUR:Susulan pencemaran Sungai Selangor dikesan awal pagi ini, Air Selangor mengeluarkan arahan henti tugas di empat loji rawatan air (LRA) iaitu di LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.
Berikutan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka melibatkan 1,196,457 akaun pengguna di 1,292 kawasan dalam wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Berikut disenaraikan secara terperinci kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.














Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dan premis kritikal.
Pengguna yang memerlukan bantuan untuk kes kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami