Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Gangguan bekalan air: 36,500 akaun pengguna di Pantai Remis, Beruas, Sitiawan, Kampung Gajah terjejas

Sumber: BERNAMA
Pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya untuk bekalan semasa gangguan bekalan air. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sejumlah 36,500 akaun pengguna di Perak dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara esok susulan kerja pemasangan satu unit electromagnetic flow meter remote type untuk paip air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Paloh.

Gangguan itu melibatkan kira-kira 10,000 akaun pengguna di Pantai Remis dan Beruas, 20,000 akaun di Sitiawan serta 6,500 akaun di Kampung Gajah.

Menurut makluman yang dikeluarkan media sosial Lembaga Air Perak (LAP), gangguan akan berlaku selama 24 jam dari pukul 9 pagi 23 Sept hingga 9 pagi keesokan harinya.

LAP memaklumkan, kerja-kerja berkenaan dijalankan bagi meningkatkan kecekapan pemantauan aliran air mentah di loji tersebut, sekali gus menyebabkan bekalan air terhenti atau mengalami tekanan rendah di kawasan terlibat sepanjang tempoh pelaksanaan kerja berkenaan.

Sehubungan itu, pengguna yang terjejas dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan dan menggunakan air secara berhemah.

Menurut LAP, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja pemasangan selesai, bergantung kepada lokasi serta keadaan sistem agihan air di kawasan terlibat.

Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat terkini mengenai status gangguan bekalan air menerusi saluran rasmi dan platform media sosial LAP.

 

 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement