awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di 251 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
16/07/2020
16:33 MYT
Gangguan bekalan air di 251 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor
Bagi kawasan yang belum pulih, usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas. Foto: Bernama
Sebanyak 251 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 pada 14 Julai lepas telah pulih sepenuhnya setakat 9 malam ini.
Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan 87 peratus daripada kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual telah pulih sepenuhnya manakala 39 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.
Menurut kenyataan itu, pemulihan di Kuala Langat, Gombak dan Kuala Lumpur telah mencapai 100 peratus manakala di Klang/Shah Alam serta Petaling masing-masing 75 dan 99 peratus.
Bagi kawasan yang belum pulih, usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.
"Oleh itu, Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#Gombak
#Kuala Langat
#Kuala Lumpur
#Rawatan Air Sungai Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan