MALAYSIA
Gangguan bekalan air di tujuh wilayah

Sepanjang tempoh gangguan bekalan air, pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat - Gambar fail
Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Ia berikutan pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada Selasa.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 7 malam Selasa.
Menurutnya, sehingga jam 8 malam bacaan pencemaran bau masih pada tahap 2 ton.
"Pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut.

Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat
Pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air.
Pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau AppsStore untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami